7 Oct 2007

SEMANGATKU

Semangatku
Kau datang bila ku rebah
Kau mari bilaku memerlukan
Kau inspirasi yang buatku tabah
Kau beriku erti dalam kehidupan

Semangatku
Seringkali datang bersama-sama harapan
Seringkali membuat hatiku berkobar-kobar
Seringkali membantu usaha dan impian
Seringkali menerima apa jua keadaanku

Semangatku
Kiranya aku jatuh kau bangunkan
Kiranya aku sedih kau rawatkan
Kiranya aku usaha kau membantu
Kiranya aku berjaya kau pendorong

Semangatku
Kau tidak hilang ditelan zaman
Kau sentiasa akan dikenang
Kau sentiasa dalam jiwaku
Kaulah semangat sepanjang zaman

~pengalaman mengajar erti kedewasaan~
MOHD SOFIAN AKASAH
7 OKTOBER 2007

Enter a long URL to make tiny: