31 Dec 2007

Kepenatan dan kepuasan di Taman Sinar Harapan, Mentor Mentee Projek

Salam..


alhamdullilah..projek yang dirancang semasa semester 5 di kolej akhirnya berjaya dilaksanakan..Penat dan puas melihat hasil kerja tangan pelajar2 yang terlibat dalam Projek Mentor Mentee Sem 5 Cov 2..
Semasa kertas cadangan masih di bawah penyediaan, saya begitu risau, memikirkan bagaimana nak jayakan projek ini..
Tetapi dengan kerjasama dari semua ajk yang terlibat akhirnya proposal yang budjet berjumlah RM7484 itu berjaya diluluskan dengan tambahan sebanyak RM1397 menjadikan keseluruhan budjet diatas kertas cadangan semasa itu adalah sebanyak RM8881..
Selepas mendapat kelulusan dari Timb. Rektor HEP, byk jugak halangan dan cabaran yang diterima sebelum melaksakan projek di Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor..
Segala masalah dapat diatasai dgn jayanya la jugak..hehehe..sehingga projek yang dilaksanakan berjalan dgn jayanya..


Setibanya di Taman Sinar Harapan, kami dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Landskap dan Kumpulan Mengecat..Saya ni sebagai setiausaha projek termasuk dlm kumpulan mengecat dimana telah mengambil satu kawasan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti mengecat..ades..dan juga kena jadi kamera men..huhuhu..dua dalam satu tu..hehe..tapi pandai2 la tupai nak melompat..jgn jatuh ketanah lagi..hehehe..selepas merakam video dan mengambil gambar kawasan yang akan digodam oleh para2 peserta kita menjadi sesuatu yang baru..sempat gak la ambil gambar..hehe..jadi kameram ni susah gak..nak terkejar2 ke sana ke sini..dah la tempat mengecat ngan tempat landskap bukannya dekat..jauh gak rasa2nya lebih 100 meter..huhuhu..tapi atas semangat KPTM-Boleh..segalanya berjalan lancar..selepas merakam beberapa episode gambar..apa lagi kena la jalankan tugas mengecat..habis tangan penuh cat..tapi cool..sebab ada tinner..hehehe..selepas beberapa ketika itu..kena jadi kameraman la balik untuk melihat hasil2 pelajar dan mengambil gambar sewaktu bergotong royong..kenalah cuci tgn dulu..tu penting..itulah bukti yang kitaorg ni buat khidmat komuniti sebagai program yang berjaya..selepas rehat dari jam 12.30 ptg sehingga 2.00 ptg..aktiviti diteruskan sehingga siap..tak silap la..Kumpulan Landskap berjaya menyiapkan kerja sebelum jam 5 dan Kumpulan Mengecat berjaya menghabiskan hasil kerja pada jam 6.30 ptg..time tu pakcik driver bas dah mengamuk..hehehe..sebab dalam jadual kul 5.30 dah bertolak ke Asrama MRSM..apa nak buat pakcik oii..tembok yang dicat tu bukannya pendek hampir 50 meter lebih..Jam 6.40 bergerak la kami sekumpulan ke Asrama MRSM Kuala Kubu untuk berehat dan menghilangkan lelah selepas sehari suntuk bergotong royong..sesampai di Asrama, selepas check in..ades..check in la katakan bukan cam kat hotel..ni terus masuk je..hehehe..pas masuk ada yang bersembang, mandi dan tido..kameramen ni adalah salah sorg yang lepas mandi pstu tido keletihan..tepat jam 8.30 malam, terkejut sebab bunyinya handphone..huhuhu..ada call dari puan junaidah..katanya makan time..uiks..dengar makan time..aku terus bgn..hehehehe..lapar la..punyalah liat nak kejutkan bebudak ni..ingatkan aku sorg jer tido..rupanya semua tido..alahai..ciannya..ada lawak sket time nak pi makan..syahril @k@ aseng boleh dgn selambernya masuk keta dia pastu start enjin nak gerak..bila ditanya nak kemana..dijawabnya "..nak gi makan kan..kat town kuala kubu"..dibantainya gelak kitaorg kat dia..hahaha..gi makan nyer la dekat..kat dewan asrama je pun..ades..dia tgh sedap tido..tu la kata org..kluorg tgh sedap tido jgn dikejut..karang jadi cam aseng ni..wakakaka...kitaorg makan kat dewan makan asrama tu..pergh ikan keli masak sambal, sayur masak lemak, ngan telur goreng..ok la tu..klu nak tau kameraman ni..wakakaka..makan sampai 3 kali tambah..hahaha..dah lapar la..pas abis makan..kitaorg gerak gi asrama..duk lepak2 sambil amik angin..pergh punya la sejuk angin kawasan bukit..rasa cam duk luarnegara..tak tahan beb..hehe..lupa bwk sweater..berborak punya la berborak dah kul 12 rupanya..yang si aseng tadi tau apa citer..sesampai je dia asrama..dibantainya tido tak sedar2..hehehe..awal dia tido ..kiatorg apa lagi..tutup seluruh tubuh dia..baca talkin la..hahahahaha..
Keesokan harinya selepas makan sarapan di Dewan Makan MRSM..kitaorg check out..gerak gi Taman Sinar Harapan..tapi bukan tujuan mengecat ngan wat landskap..tapi untuk beramah mesra bersama penghuni dan staff di sana..sesampai je kami di sana..dpt saya snap byk pic gak la keramahan peserta dan penghuni taman sinar harapan tu..diaorg ni paling byk beramah kat asrama teratai, iaitu asrama yang dihuni oleh hampir 20 org kanak2 yang kurang uapay..tetapi yang mendapat perhatian ialah adik siti..dia ni ceria..comel..hehe..selepas beramah mesra..sesi lawatan dan penyampaian cenderamata..bergeraklah group peserta ni ke semua dorm untuk menyampaikan cenderamata berupa tuala dan sebagainya..selesai semua aktivit lawatan..tibalah masa perpisahan..kitaorg membuat penghuni2 taman sinar harapan terhibur dgn persembahan it dimana kita memaparkan kembali gamabr yang disnap oleh saya dari taman sinar harapan..mereka dapat melihat wajah mereka yang ceria dalam persembahan tersebut..selepas menyampaikan cendehati buat kenangan dari kami pada pengetua kami rasa bersedih plak untuk meninggalkan Taman Sinar Harapan ini..terhibur jugak kami dengan keletah anak2 kecil yang menghuni Taman tersebut..Selepas majlis perpisahan..kitaorg bergambar kenangan di pintu masuk Taman Sinar Harapan..semoga dapat kembali membantu mereka yang memerlukan..

Balik time..hehehe..
agak2nya selepas penah lelah kitaorg..apa aktiviti sebelum kitaorg balik ke kolej..hehehe..aktivitinya ialah..
kitaorg culik pakcik bas tu suruh bawak kitaorg gi mandi sungai kat Sungai Kedondong..time tu kamera dah habis bateri..huhu..tak dapatlah nak snap pic..huhuhu..Kitaorg berehat sambil mandi-manda di sungai untuk menghilangakan letih sebelum pulang..Jam 4.00 ptg dah gerak balik kolaj dan sampai pada pukul 5.30 ptg..selepas menurunkan semua brg2 yang dibawa..semua peserta berpecah pulang..huhuhu..kenangan tinggal kenangan..semoga janganlah dilupa kepada mereka yang memerlukan..mereka adalah insan yang teristimewa..semoga dapat kembali lagi ke sana untuk membantu mereka yang memerlukan kita..insyaALLAH.

p/s : To all my fren are involve in this project..klu silap bahasa dan ayat harap dimaafkan..Semua gambar berkaitan dgn projek bolehlah lawati di :
http://picasaweb.google.com/ProjekMentorMenteeCov2Sem5
dan
http://picasaweb.google.com/kancilputeh/KPTMMentorMentee

info : Projek Mentor Mentee Sem 5 Cov 2
(Projek Jalinan Kasih Mentor Mentee)
Tempat : Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bahru,Hulu Selangor
Tarikh : 29hb Disember 2007 sehingga 30hb Disember 2007

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: