29 Aug 2008

Pindah umah....

Adus...nak kena pindah umah agi..letihnya..
kali ni selamat la pindah umah dekat ngan umah lama..
so xda la nak angkat brg2 sebyk mungkin..
klu tidak 2 kali la angkat barang guna kereta..
takpun amik lori..huhuhuhuhu...
semalam aku dah angkut separuh brg2 ke rumah sewa baru..
malam ni balik je dari outing terus je angkat separuh lagi brg2 aku keluar...
yahoo...seterusnya boleh la aku aman sikit bila dah keluar dari umah skrg..
bukan nak kata apa kat bebudak umah aku..
tapi memang aku nak mengata pun..
bising mengalahkan bebudak..
tak aman telinga aku mendengar keriuhan bebudak umah aku skrg ni...
dah la duduk umah cam tak selamat..
cakap member percaya member..
tapi brg2 aku digunakan, duit aku hilang...
tu la member percaya member lagi..
dah tak percaya aku kat diaorg...
bila duit diaorg tuduh aku..
padahal aku time tu pun takda kat umah..
apa kes la diaorg ni...sakit hati dibuatnya..
sakit telinga dan sakit otak sekali...
kali ni aku pindah umah yang rasanya boleh rasa aman..
cuma 3 org jer dalam umah sew baru aku..
semuanya brader2 yang dah kerja...
kekadang ada umah kekadang outstation..
rasanya ok la kot...
lagipun leh la aku cari ketenangan sedikit dari keriuhan bebudak umah lama..
yahoooooooooooooooooo.......
besok aku tinggal umah sewa baru...
yehaa.....

28 Aug 2008

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

UBUNTU - LINUX UNTUK INSAN BIASA

27 Aug 2008

Sesuatu telah berlaku..

Salam semuanya...
apa yang berlaku...
ya Allah baru ku sedar..
aku kehilangan seseorang yang aku sayang..
seseorang yang aku cintai..
biarlah apa-apapun berlaku..
semoga kesedaran ini dapat membawaku ke sesuatu peringkat..
peringkat yang memang setiap manusia akan merasainya..
aku sedar diriku kini bukan bersendirian..
aku ada keluarga..ada kawan..ada sahabat..ada teman...
selepas perpisahan yang berlaku...
aku cuba membetulkan keadaan diriku yang bercelaru..
alhamdulillah semasa di pejabat aku dapat kawal keadaanku..
cuma semasa berseorangan dirumah...
perasaan marah dan benci meluap-luap..
sekarang semua perasaan itu ku musnahkan..
dengan cara memcari kawan baru dan banyak berbual hal semasa..
itulah membuatkan aku tidak mengingati sudah apa yang berlaku sebelum ini..
Alhamdulillah sekarang aku dah boleh rasa gembira..
siangku di pejabat dengan kerjaku...
malamku di luar rumah menemankan brader char keawteaw yang berniaga..
semoga sesuatu yang telah berlaku ada hikmah dan pengajaran padaku..

8 Aug 2008

Jiwang....

Ades...terpikir aku topik jiwang ni...
jiwang sangat ke aku ni...
senang ler citer...aku ni jiwang tu jiwang la gak..
tapi x la core sgt jiwang tu...
tapi minggu ni aku set playlist aku semua lagu jiwang...
saja nak dengar lagu jiwang kat blog aku ngan friendster aku ni...

jiwang?..
apa yang dimaksudkan dengan jiwang ni..
ishhh...ishhh..ishh...
ntah la aku pun tak tahu...
maksud maybe sebab terlalu taksub dengan perasaan berkasih sayang(cinta)..
ataupun ada disebaliknya..
kalaulah jiwang tu dimaksudkan dengan perasaan orang yang sedang berkasih sayang..
kesimpulannya semua orang ada jiwangnya..
hehehehehheheheheehehehe...
pandai tak aku membuat kesimpulannya...

ok la...
yang mana jiwang tu tetap jiwang..
layan la lagu jiwang masa usha blog aku ni...
yang rock tetap rock \m/ and rock selamanya

6 Aug 2008

Sebuah persahabatan..

Bagaimana harus memulakan sebuah persahabatan..
Tidak semestinya orang yang kita ketemu itu bakal sahabat kita..
Tidak semestinya orang yang kita kenali itu tetap sahabat kita..
Kita tidak tahu siapa yang baru kita kenali dan apa yang akan kita dapati darinya...
Berharap yang terbaik darinya dan yang boleh membantu kita seadanya..

Bagaimana cara ingin menjaga hati teman-teman...
Tidak semestinya sahabat berpuas hati dengan kehadiran kita...
Tidak semestinya kita berpuas hati dengan cara sahabat kita..
Harap semua nak berpuas hati memang susah difikirkan...
Ada juga yang tidak suka atau berpuas hati dengan kita...
Bila tidak berpuas hati tercetusnya pertelingkahan...
Suka ker kita bila nak bertelingkah..
Susah bila bertelingkah kerana boleh putus sahabat..

Bagaimana ingin terus kekalkan persahabatan...
Tidak semestinya persahabatan yang terjalin kekal selamanya..
Tidak semestinya hubungan tersebut berakhir dalam pertelingkahan..
Kekalkan persahabatan bermakna kena menjaga hati dan perasaan sahabat..

Bagaimana persahabatan berakhir percintaan...
Tidak semestinya persahabatan hanya persahabatan..
Kekadang persabahatan boleh mencetuskan percintaan..
Macamana kita nak menjaga perasaan percintaan dalam persahabatan...
Susah ingin mengawal perasaan sebenarnya...
Sebab itulah tercetusnya percintaan dalam persahabatan...
Tetapi kekalkah percintaan itu, kekalkah persahabatan itu...
Persahabatan berakhir percintaan tetapi percintaan bukan berakhir dalam persahbatan..
Susah difikirkan jikalau berlaku sedemikian..
Susah nak menjaga sebarang perhubungan...

Bagaimana untuk mengenali perasaan dan hati budi seorang sahabat itu...
kita tidak mengenali sangat hati budi sahabat kita...
kita tidak berapa rapat sangat untuk mengenali mereka...
dengan selalu berjumpa dan berbicara la kita dapat mengenali mereka...
dengan berkumpul dan beriadah la kita dapat mengetahu perangai dan perasaan mereka...

Sahabat..
kaulah teman, kaulah rakan..
tanpa kau ku keseorangan..
kau jadilah sahabat sejati...
kemana jua kau pergi..
walau jauh beribu batu...
kau kenangkanlah persahabatan ini...
walau tinggal berlainan benua...
kau ingatilah persabahatan ini...
walaupun ku susah tiada di dunia...
kau janganlah dilupa persahabatan ini...
semoga persahabatan kita kekal dan sentiasa dalam kenangan..
salam persahabatanku untuk semua rakan-rakanku samada lelaki ataupun wanita..

-myne-
-sofian-
-enturbsysma-

5 Aug 2008

Pelajaran Hari Ini...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah
kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuany sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan
tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah
mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."..."Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "..."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

4 Aug 2008

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Enter a long URL to make tiny: