24 Sep 2008

Salam lebaran...

Salam Lebaran...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H
kepada semua pembaca dan blogger2 sekalian..
semoga kita memeriahkan suasana berhari raya..


Raya1.jpg














kk44.jpg


D000009052.gif

22 Sep 2008

Pertengkaran sesama forumer..

Pertengkaran aku dengan seorg forumer bertajuk "wajarkah 16 Sept dijadikan cuti umum..susah betul bila bertengkar dengan org yg taksub dgn sesebuah parti politik ni...semua nak kuar pendapat...pendapat yang lain xleh diterima..apa pentingnya 16 Sept tu...apa mulianya 16 Sept tu...aku rasa 16 Sept tu xda mulia nya selain dari Awal Muharram, Maulud Nabi, Nuzul Quran dsb..tambahan pula, malaysia dah byk cuti umum dan hari peringatan..nak buat apa tambah cuti lagi...sekarang dah ubah topik plak...hari 31 Ogos hanya untuk sambut kemerdekaan tanah melayu..bagi aku...klu xda la kemerdekaan pada 31 Ogos bagi tanah melayu..takdanya nama malaysia di dunia ni...Malaysia bermula pada 16 Sept tetapi pembinaan negara bermula pada kemerdekaan tanah melayu iaitu 31 Ogos...dah la cuti 31 Ogos pastu nak plak cuti 16 Sept..lain2 cuti lagi...macamana la malaysia nak meningkatkan produktiviti dan kreativiti klu asyik bercuti jer...susah betul la bercakap ngan org yang taksub dengan sebuah parti politik ni...memang susah...

Ukays - Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Sesuatu di fikiran...

Hari ini sehingga pukul 3 pagi aku tidak dapat tidur..
aku memikirkan sesuatu di fikiran ku...
aku teringatkan, terkenangkan dan merindui sesuatu..
sesuatu yang pada masa dahulu ku lalui..
sesuatu yang pada masa dahulu ku rempuhi...
sesuatu yang pada masa dahulu ku persiakan..
sesuatu yang pada masa dahulu selalu buat ku tersenyum..
sesuatu yang pada masa dahulu selalu membuatku ketawa...
sesuatu yang pada masa dahulu selalu membuatku menangis..
memang indah kenangan yang bermain di fikiranku..
memang ku tersenyum dan bersedih bila mengingati masa dahulu..
masa ku bergembira, ketawa dan menangis...
hanya aku seorang yang merasainya..
memang susah untuk meninggalkan segala kenangan di belakang...
memang indah memngingati masa ketawa dan gembira...
tetapi memang susah untuk melupakan masa pahit dan derita..
sesuatu yang selalu bermain di fikiran...
sesuatu yang akan ku ingati di kala ku keseorangan..
aku hanya manusia biasa yang serba kerdil..
banyak duri-duri dan kebinasaan yang aku lakukan pada diriku...
banyak pengalaman manis dan pahit ku lalui..
dan akan lebih banyak lagi yang perlu ku tempuhi..
usia ku baru 21 tahun..
bakal ku tempuhi berbagai-bagai lagi pengalaman di depan hari..
semoga pengalaman yang akan mengajarku erti segalanya...
akan ku cuba perbaiki keadaan diriku...
akan ku cuba merubah keadaan diriku...
tiada yang lain dapat membantu..
hanya diriku yang dapat menolongku..
untuk terus menempuhi pelbagai kehidupan di masa depan..
diriku hanya diriku..
hanya pengalaman mengajar erti kedewasaan hidup...

20 Sep 2008

Kebosanan di dalam jiwa..

Kenapa manusia perlu memikir pasal kebosanan...
adakah hidup ini dilanda kebosanan..
mengapa sebagai manusia kita perlu merasa kebosanan..
Kita sebagai seorang muslim..
bagiku tak perlu merasa kebosanan...
di masa yang terluang kita sentiasa boleh beribadat kepada-Nya..
Kita boleh berzikir dan membaca al-quran..
tak perlu merasa kebosanan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim..
kita mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan ketika merasa bosan..
amalan kita sebagai seorang muslim adalah penuh bermakna..
semuanya telah ALLAH perlihatkan kepada kita..
subhanallah..begitu byk masa yang diberi Allah untuk kita beribadat dan beramal kepada-Nya..
mengapa perlu kita merasa bosan..
tidak perlu selagi kita tahu apa yang perlu dilakukan pada masa terluang..
semoga kita menjadi Muslim dengan pegangan agama yang teguh..

Kesibukkan di Kuala Lumpur Siang & Malam

Selama beberapa lama aku di kL...
baru sekarang aku nak menulis berkaitan tajuk ni..
apa yang aku maksudkan dengan kesibukkan di Kuala Lumpur...
bagiku...aku yang melihat dan merasai bagaimana sibuknya kL ni..
sepanjang hampir 4 tahun aku di kL..
tak pernah aku tak tgk kL ni lenggang dari kesibukkan umat manusia yang tinggal di sini..
bagaimana la kalau kL ni tak sebegitu sibuk..
kalau tak, takkan la nama nya Ibu Negara Malaysia...
so sesapa yang tinggal di kL tu...
sentiasa la sibukkan diri anda di kota metropolitan ini...
dah lama dah...

18 Sep 2008

Andainya perempuan tahu...

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...(kalau dah tak tahu, find out lah yer...jgn asyik membebel ajer perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah....kitorg kaum hawa ni pun tak fhm gak dgn perangai kaum adam)

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. (silalah praktikkan, jgn sekadar berkata2)

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) (boleh caya ke?)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang (bukankah itu ego?)

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (SETUJU!!)

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

16 Sep 2008

Masalah Bekalan Air.

Alahai...susahnya aku 2, 3 hari ni...
masalah air plak..hari2 balik kerja kena sambung kerja mengangkut air plak..
biasa la dah nak mandi dan semua la kena la ada air..
betul2 menyusahkan..dah la blok aku jer yang 20 tingkat ni takda air..
pihak pengurusan plak dah lari malam(blah gitu jer)...
dah la pengurusan hutang dengan SYABAS air..
selamat SYABAS tak potong air terus..
kalau tak semua blok dalam kawasan kediaman ni memang takda air la...
huhuhuhuhuhuhuhu...
seksanya 2,3 hari ni...
dah la di bulan puasa ni..
bersabar saja la..
nak buat camana...
dah tinggal sini...
kena redha sahaja la...
hhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu..

12 Sep 2008

ClamTK Virus Scanner For Ubuntu User

Walaupun ubuntu berasaskan sistem linux.
Dimana walau difahami sistem linux susah untuk diserang virus.
Tetapi jgn lupa untuk memasang antivirus di dalam sistem ubuntu anda.

ClamTK adalah GUI dari ClamAV menggunakan perl-Gtk2
Cara memasang ClamTK dalam linux.

1. Klik System >> Administration >> Sypnatic Package Manager




2. Klik search dan kemudian aipkan dalam petak search "ClamTK" seperti di bawah



3. Kemudian tandakan "mark for installation" kotak sebelah clamTK seperti di bawah kemudian klik "apply".



4. Selepas klik "apply" pada paparan sebelum ini. Klik"To be installed" dan klik "Apply" untuk teruskan.



5. Paparan tersebut menunjukkan clamTK sedang dipasang ke dalam system


6. Kemudian klik "close" untuk teruskan.



Untuk menjalankan aplikasi clamTK

1. Klik Application >> System Tools >> Virus Scanner kemudian akan keluar paparan seperti berikut :-




ClamTK Virus Scanner mempunyai 5 file scanner untuk mengenal pasti virus yang terdapat dalam sistem ubuntu kita iaitu :-
i - Scan a file
ii - Quick home scan
iii - Full home scan
iv - Scan a directory
v - Recursive scan

cadangan saya supaya selalu la menggunakan recursive scan dan scan diretory.
Jika didapati terdapat virus didalam sistem ubuntu anda. silahlah buang ataupun kuarantinkan di dalam clamTK.

sekian

9 Sep 2008

Berlajar Debian

ades..satu lagi OS yang perlu aku perlajari..iaitu Debian.
sepanjang 2 hari aku memahami system Debian dan macamana nak menggunakannya..
pening kepala jugak aku dibuatnya..tetapi dengan bantuan rujukan dan ebook yang di download..dapat jugak aku faham dan tahu menggunakan beberapa command line yang perlu..
insyaALLAH semoga esok aku dapat fahami byk lagi..
dahla aku nyer OS sekarang yang digunakan kat opis dah Ubuntu..
best sekarang guna Ubuntu..lebih dari aku menggunakan Xp dan Vista sebelum ini..
banyak yang dapat aku perlajari..
nak buat java dalam Ubuntu pun tak payah nak download java nyer application dari sun.java..
sebaliknya terus sahaja buat program dan running dalam terminal console ubuntu..
senang beb..aku harap kegunaan Debian yang aku berlajar lebih lagi..
sebab OS Debian aku hanya menggunakan commandline sahaja tanpa Graphical User Interface(GUI)..
memang kena paham apa yang korg tgh buat beb..
kalau tak susah nak tahu apa program atau apa yang tgh korg buat..
silap-silap korg tgh hack system opis korg..
wahahahhahahhahahaha...
salam semua..

5 Sep 2008

Salam ramadhan...

Assalammualaikum...
wah dah berapa hari ramadhan dah aku baru nak buat blog ni...
ini la ramadhan kali ini adalah kali keempat aku menyambutnya di kL...
xdapat nak menyambutnya bersama keluarga di kedah...
alhamdulillah...selama beberapa hari puasa ini dapatlah aku berpuasa penuh..
insyaALLAH...semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun2 yang lalu..
Enter a long URL to make tiny: