10 Oct 2008

Kegembiraan dan Kebahagiaan..

Kegembiraan dan kebahagiaan adalah hak milik setiap insan.
Kegembiraan dan kebahagian dapat digambarkan dengan perkataan, raut wajah, dan kegirangan seseorang.
Kegembiraan dan kebahagian membuat seseorang berasa mudah dan senang didekati.
Perlukah kita bertanya kepada diri kita adakah kita bahagia dan disenangi.
Perasaan gundah gulana hilang sama sekali.
Perasaan marah hilang begitu sahaja apa bila merasa kegembiraan dan kebahagiaan.
Perasaan dengki dan segala perasaan yang negetif pergi begitu sahaja bila merasa kebahgian dan kegembiraan.
Bagaimanakah kita harus menghayati perasaan tersebut.
Kita tidak perlu menyambutnya dengan perayaan ataupun majlis.
Cukuplah sekadar melemparkan senyuman dan perasaan itu.
Menggambarkan ia dengan senyuman adalah lebih bermakna.
Tidaklah perlu berkata atau dihebohkan.
Hargailah perasaan kegembiraan dan kebahagian itu.
Semoga kegembiraanku dan kebahagian yang ku dapat ini berkekalan.
Semoga kegembiraan dan kebahagian datang kepada setiap insan

6 Oct 2008

Apa topik ni...

alhandulillah..
raya ini paling bermakna bagiku..
selain menyambut hari perayaan..
aku juga menyambut hari ulang tahun kelahiran aku pada hari raya..
semoga kegembiraan dan kebahagian yang ku kecapi selama ini..
terus berkekalan sehingga aku bertemu dengan orang yang akan menyayangiku..
akan ku teruskan semangatku untuk bersendirian lagi sehinggalah ku ketemu jadoh yang sesuai..
pada hari raya ramai yang mengusik ku bila nak kahwin..
waduh..waduh..waduh..
dijawabnya aku tidak ada jodoh lagi..
aku baru berumur 21 tahun beb..
takkan awal sangat kan...
aku nak enjoy training dan mencari kerja yang tetap..
baru lah aku pikirkan hal itu..
nak kena ada segalanya dulu baru lah ada yang berkenaan..
tak ke begitu...hehehehheheheehehe..
tapi paling bermakna bagiku...
dapat ku ketemu semua keluarga pihak abahku ataupun mak aku...
dah lama aku tidak berjumpa dengan keluarga2 aku yang sebegitu besar..
tahun ini aku beraya di kampung abah aku di Perak..
ramai la yang pulang ke rumah paksu aku(dulu rumah arwah atok aku la)..
berkumpul beramai-ramai bersama adik-beradik abahku yang lain...
dapat la gak ku kenali sepupuku yang mungkin dah lama ku tak ingat muka diaorang..
memang pun..sebab dah lain pun diaorang sekarang..
termasuk la aku..tapi ramai lagi yang kenal aku..
coretan ini adalah kebahagian aku untuk selamanya...
kenangan yang ada di dalam mindaku..
tidak dapat aku coretkan semuanya...
heheheheehehehehehe..ada rahsia lagi yang perlu ku sembunyikan...
semoga kegembiraan ku ini berpanjangan..
amin...
Enter a long URL to make tiny: