28 Nov 2008

Tanda-tanda Suami Orang


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda
kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan
sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya
atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line
dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat
dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card)
dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.


5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu
kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak
patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen
kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa
kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan
wanita.


8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di
kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan
(tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh
isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak
jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan
membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor
yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: