19 Feb 2010

KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab

PUTRAJAYA 18 Feb. – Perjalanan Datuk Solah Mat Hassan dari kampungnya di Kota Bahru ke Kuala Lumpur semalam digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu untuk mengintip pergerakan pemandu-pemandu yang biadab.

Dengan menggunakan kamera digital sambil dibantu anak perempuannya, beliau berjaya mengesan dan menangkap gambar 93 kenderaan yang melanggar kesalahan lalu lintas.

Tegas Solah, semua pemilik kenderaan berkenaan akan dipanggil untuk proses temu siasat sebelum dikeluarkan saman.

‘‘Saya terserempak dengan pemandu kenderaan persendirian yang bersifat seperti orang yang tidak berpendidikan dengan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan cermin gelap.

“Saya menangkap gambar mereka menggunakan kamera digital untuk dijadikan bukti, banyak gambar telah diambil sehingga kad memori kamera penuh,” katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Solah berkata, tingkah laku sesetengah pemandu yang biadab menyebabkan beliau hilang sabar lalu menelefon pegawainya untuk menjejak kereta berkenaan dengan serta-merta.

“Dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai, saya terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil yang memotong di garisan berkembar sebanyak 10 kali,” katanya.

Solah berkata, selain 93 pemandu biadab yang dikesan beliau sendiri, sebanyak 2,875 kenderaan lain juga didapati melakukan kesalahan trafik oleh JPJ sepanjang Ops Sikap Ke-21 yang bermula pada 7 Februari lalu.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan oleh orang ramai dan kakitangan JPJ termasuk pegawai yang menyamar.

“Kesemua mereka akan dipanggil untuk temu siasat, kegagalan mereka untuk tampil diri dalam tempoh dua minggu akan menyebabkan nama mereka disenarai hitam oleh JPJ,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai membantu JPJ melakukan penguatkuasaan dengan menangkap gambar kenderaan pesalah trafik dan menghantarnya menggunakan e-mel ke aduan@jpj.gov.my.

“E-mel perlu disediakan dengan maklumat berkaitan seperti tempat dan masa gambar diambil serta kesalahan yang dilakukan pemandu.

‘‘Kami hanya menerima 48 aduan daripada orang ramai yang melaporkan kesalahan trafik pemandu lain, kerjasama daripada orang ramai perlu diperkuatkan,” katanya.

Sementara itu, Solah berkata, sejumlah 4,682 saman telah dikeluarkan JPJ dalam tempoh 10 hari pertama Ops Sikap.

‘‘Dalam pemeriksaan di terminal bas dan tempat terpilih, 11 bas didapati mempunyai masalah tayar manakala dua pemandu bas ditahan kerana positif dadah.

‘‘Tiga buah lori pula disita kerana menggunakan lebuh raya ketika tempoh larangan pada 12 dan 13 Februari,” katanya.


sumber capaian : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

______________

Ni baru la betul kan...

Rentetan dari : http://sofian87.blogspot.com/2010/02/potong-kiri-lane-kecemasan.html

dan http://sofian87.blogspot.com/2010/02/pemandu-hati-kering.html

Pemandu 'hati kering'

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/02/19

PUTRAJAYA: Tidak cukup dengan lorong kecemasan, pemandu ‘hati kering’ dikesan sanggup menggunakan bahu jalan sebagai laluan pintas, kononnya boleh cepat sampai di lokasi dituju, tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain termasuk pejalan kaki.

Tindakan mementingkan diri sendiri dan disifatkan sebagai pemandu tidak bersekolah itu dirakam sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur, kelmarin.

Tanpa berselindung, Solah berkata, sepanjang perjalanan kira-kira 450 kilometer itu, beliau mengesan 93 pemandu yang melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar dan barisan serta menggunakan lorong kecemasan termasuk bahu jalan.

“Masih ramai pemandu yang degil seolah-olah tidak berpendidikan kerana tidak hiraukan keselamatan diri sendiri dan orang ramai.


Kalau nak kata mereka ini tidak sekolah tidak logik kerana kebanyakan mereka pemandu kenderaan mewah.
“Apakah ini sebenarnya perangai pemandu di negara kita.

Mentaliti mereka berubah ketika berada di jalan raya, menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa mengendahkan pengguna lain yang sabar beratur menunggu giliran masing-masing.

“Kelakuan tidak bermoral ini yang banyak mengundang kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas terutama ketika cuti musim perayaan,” katanya di sini, semalam.

Selain menggunakan bahu jalan, Solah berkata beliau mengesan dua kenderaan yang memotong barisan panjang kira-kira 10 kenderaan di garisan berkembar ketika dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang, Kelantan.

Tindakan kurang ajar dua pemandu kenderaan Perodua Kancil dan Kembara itu menyebabkan JPJ menahan kedua-dua kenderaan terbabit di Stesen Penguat kuasa JPJ Menta, Kuala Krai, Kelantan dan Benta, Pahang sebelum diberikan surat saman.

“Kami mengeluarkan saman serta-merta terhadap kedua-dua pemandu itu kerana tindakan mereka dianggap terlalu membahayakan pengguna jalan raya lain.

Selain dikenakan saman RM300, kedua-duanya berdepan risiko lesen memandu digantung atau dibatalkan,” katanya.


Sumber Capaian : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemanduhatikering/Article

____________

ini yang sepatutnya berlaku....

betul cakap Datuk KP JPJ tu...

Pemandu ni bukan nya tak berlajar tinggi dan berotak..

Tetapi hanya mementingkan diri sendiri..

Rentetan dari : http://sofian87.blogspot.com/2010/02/potong-kiri-lane-kecemasan.html



12 Feb 2010

Post ke-100, Balik Kampung

Wee....
happy cam sedih...
nak balik kampung happy..
tapi sedih sebab duit dah kurg...
huhuhuhuhuhuhuhu..

wee...
tapi kan malam ni ada org sponsor toll..
tapi minyak kena tong-tong plak...
ades...smlm cakap nak sponspor...
huhhuhuhuhuhuhu..

kira ok la jugak kan...
janji aku balik kampung...
hehehheehehehe...
rindu weeehhh dah dekat sebulan lebih la tak balik...
huhuhuhuuhuhuhuhu...

11 Feb 2010

Post ke=99 yang menyedihkan

wee..selama 3 tahun aku bergelumang dgn blog...
sekarang dah masuk post aku ke-99..
huhuhuhuhuhuhu...
hari ini adalah menyedihkan sekali..
kereta aku bocor dan terkoyak tayar disebabkan mengelak org lain..
aku baru balik dari opis around dekat kul 7 camtu..
lalu sahaja depan mines waterfront business park.
berhampiran parking basement dekat bangunan parking tu..
tetiba datang sejibik myvi pastu dengan laju kemudian duk hampir ke tengah...
aku dgn terkejutnya mengelak myvi tersebut
dan menyebabkan tayar hadapan aku melanggar bata di sebelah kiri..
dan aku pun berhenti nak tgk tayar keta aku sebab rasa cam pancit.
rupa-rupanya tayar aku terkoyak sedikit dan dah kempis..
sedih beb tgk tayar pecah sebab dah tahu kena kuar duit..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...
apa lagi aku tukar je la tayar tu pakai tayar spare...
lalu la kawan aku dari CTR iaitu G-gie...
aku suh dia temankan aku sekejap...
huhuhuhuhuhuhuhu...
memang sedih la aku time tu...
dan aku terlupa nak amik gambar..
lepas tukar tayar aku terus gerak gi kedai tayar dan beli sejibik lagi tayar baru...
so aku dah tukar tayar baru dah...
yang aku sedihnya sebab aku byk kuar duit hari ni...
dan semasa tayar aku pecah tu selamat la aku tak berapa laju..
kalau tak memang aku dah masuk longkang tepi highway la tu la sebab aku membelok ke kiri..
pergh ari ni keta aku 6161 jer dah habis dekat rm300++..
bukan sebab tukar tayar jer..
aku dah pergi service tghari tadi sebab nak gerak balik kampung malam esok..
huhuhuhuhuhhhuuhuhu..

Potong Kiri Lane Kecemasan

Seperti yang aku janjikan semalam...
aku nak upload gambar kereta yang main potong kiri lane kecemasan...

Tarikh berlaku : 11 February 2010
Masa : Antara 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi
Laluan : Dari puchong ke TPM (Lebuhraya Bukit Jalil)



*Tgk la sendiri, laluan sempit kot..


*Ini semua menyebabkan jem sebab nak masuk ke kanan.


*Motosikal seakan-akan terpaksa berhenti disebabkan kereta menggunakan laluan sikal atau kecemasan.


*Mengikut dgn rapat beb keta tu..


*Kereta ni sebelah aku nak masuk ke kanan sebab depan ada halangan.


Inilah salah satu penyebab utama kemalangan di laluan kecemasan..aku hari-hari lalu jalan ni dan setiap hari aku lihat keadaan sedemikian..kalau rakyat malaysia ni nak kata tak ada otak tapi pandai-pandai belaka...sebab tu aku cakap diaorg ni pentingkan diri sendiri dan selalu menyusahkan orang lain....bayangkan jika ada kemalangan di hadapan...mereka yang mengambil laluan kiri kecemasan inilah yang akan menyebabkan laluan semakin sesak...

Bila la polis nak jaga laluan ni...kena pasang kamera la kot...hahahahha...

sambungan dari : http://sofian87.blogspot.com/2010/02/ambil-tindakan-terhadap-pemilik.html

10 Feb 2010

Ambil tindakan terhadap pemilik kenderaan diletakkan di bahu jalan

*Ulasan berita

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lebuh raya yang menjadi punca berlakunya kemalangan dahsyat seperti di kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam yang mengorbankan enam beranak.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat lori yang diletakkan di bahu jalan atas pelbagai sebab termasuk rosak.

Ini, katanya, amat membahayakan pengguna lebuh raya terutamanya pada waktu malam.

"Pada waktu malam, pengguna lebuh raya kerap menganggap bahawa kenderaan berat yang berhenti di tepi jalan bergerak, tetapi hakikatnya ia tidak bergerak dan ini merupakan punca berlakunya nahas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd. Hamdan mengulas kejadian semalam membabitkan enam sekeluarga maut dan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada 1.30 pagi.

Presiden Kelab Proton Malaysia, Mohd. Hifni Mohd. Ghazali menggesa PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan.

Beliau berkata, syarikat konsesi tersebut sewajarnya lebih prihatin melalui penganjuran langkah mengurangkan risiko kemalangan termasuk meningkatkan rondaan melalui unit peronda PLUS.

"Rondaan kerap oleh unit peronda PLUS akan membolehkan kenderaan yang bermasalah tidak perlu menunggu lama di lorong kecemasan untuk mendapat bantuan.

Selain itu, Hifni turut berharap pihak PLUS dapat menyediakan lebih banyak kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan terpilih sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan bagi membolehkan pemantauan berterusan.

Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berpendapat, peranan pemandu juga penting dalam usaha mengurangkan kemalangan dengan lebih berhati-hati sekiranya memulakan perjalanan lewat malam atau awal pagi.

Beliau berkata, pemandu harus sentiasa peka terutama dalam memastikan sama ada terdapat kenderaan rosak yang berhenti di hadapan mereka.

"Pastikan kelajuan anda mengikut had laju serta beri ruang untuk anda bertindak bila situasi memerlukan," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu, PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam kenyatannya hari ini memberitahu, pihaknya meletakkan beberapa kon keselamatan di belakang lori rosak di lorong kecemasan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga awal pagi semalam.

Menurut kenyataan itu, kon-kon itu sebagai tanda amaran kepada para pengguna yang melalui kawasan lori tersebut selepas dimaklumkan oleh pemandu treler mengenai kerosakan kenderaannya berhampiran simpang Senawang, Negeri Sembilan.

Selepas mendapat panggilan daripada pemandu terbabit, pasukan PLUSRonda sampai ke lokasi kejadian pada pukul 9.09 malam bagi mengenal pasti kerosakan pada kenderaan itu.

"Sejurus tiba dan mengenal pasti kerosakan pada treler itu, anggota PLUSRonda meletakkan beberapa kon keselamatan yang dilengkapi dengan lampu berkelip-kelip.

"Papan tanda anak panah juga diletakkan sebagai memberi amaran kepada pemandu lain tentang terdapat halangan di hadapan,'' kenyataan itu lagi.

________________________

*Ulasan aku...

Apa yang dilakukan PLUS tu dah betul dan sememangnya begitu la...tetapi aku still dgn pendapat aku..ini bukannya masalah pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka di tepi lorong kecemasan kerana ianya perlu dan wajib berada di lorong kecemasan supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..kalau tak buat apa di adakan laluan kecemasan..dan pula tak kan pemandu nak berhenti lama di tgh-tgh jalan kan..

Yang jadi masalahnya sekarang ialah pemandu kenderaan yang memandu sama ada pelahan atau laju di lorong kecemasan..kerana mereka inilah penyebab kemalangan yang sebenarnya dan bukannya kenderaan yang rosak dan berhenti di lorong kecemasan. Golongan yang memandu di lorong kecemasan ini hanya pentingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.

Hari-hari aku lalui situasi sama, dimana pemandu kenderaan ringan ataupun lori suka memandu atau memotong di laluan kecemasan..tiap-tiap hari, kalau korang nak tgk pic nanti aku akan rakamkan pemandangan yang aku lihat hari-hari...

Dan apa pula jenis tindakan yang nak diambil yang dicadangkan FOMCA?.. saman?...kan dah betul-betul menyusahkan...dah la pemandu kenderaan itu mengalami kerosakan pada kenderaan beliau dan berhenti di lorong kecemasan dan pada masa itu pula kena plak saman...tak menyusahkan pemandu ker jika begitu kerana nak membaiki kenderaan beliau...mau makan ratus-ratus gak kan kemudian kena bayar saman lagi....betul-betul menyusahkan...

9 Feb 2010

Bertindak terhadap pemilik kenderaan di bahu jalan: Fomca

*Baca ulasan aku dibawah sekali

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lebuh raya yang menjadi punca berlakunya kemalangan dahsyat seperti di KM252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam yang mengorbankan enam beranak.


Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan, berkata sejak kebelakangan ini terdapat lori yang diletakkan di bahu jalan atas pelbagai sebab termasuk rosak dan ini amat membahayakan pengguna lebuh raya terutamanya pada waktu malam.

"Pada waktu malam, pengguna lebuh raya kerap menganggap bahawa kenderaan berat yang berhenti di tepi jalan bergerak tetapi hakikatnya ia tidak bergerak dan ini adalah punca berlakunya nahas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Hamdan mengulas kejadian semalam membabitkan enam sekeluarga maut dan mayat mereka rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada 1.30 pagi.

Sebubungan itu, katanya, peraturan terhadap kenderaan yang diletakkan di tepi lebuh raya terutamanya kenderaan berat perlu diperketatkan termasuk mewajibkan papan tanda kecemasan diletakkan 100 meter dari kenderaan yang rosak dan mudah dilihat oleh pengguna lain.

"Ini perlu bagi mengelakkan kejadian rempuhan oleh kenderaan yang bergerak terutama apabila jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya menjelang musim perayaan," katanya.


Disamping itu, katanya, pemandu kenderaan juga hendaklah mengurangkan kelajuan kenderaan apabila terlihat tanda amaran yang diletakkan di bahu lebuh raya.

Mohd Hamdan juga meminta syarikat konsesi lebuh raya seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) serta polis mempertingkatkan rondaan dan memastikan kenderaan berat yang rosak tidak dibiarkan terus berada di bahu lebuh raya tetapi hendaklah ditunda ke tempat yang selamat secepat mungkin. - Bernama

Sumber : Berita Harian

___________________________________________

Ulasan aku :

aku tak sokong langsung....sebenarnya, sepanjang aku bawak kereta la....memang patut jika kereta atau kenderaan yang rosak berhenti tepi bahu jalan kerana itu adalah hal kecemasan..tetapi bila dicadangkan kenakan tindakan..itu menyusahkan pemandu kenderaan yang berhenti tepi bahu jalan disebabkan hal kecemasan...

Sebenarnya sikap pemandu yang suka memotong kiri menggunakan jalan yang selebar utk bahu jalan itu yang sepatutnya dikenakan tindakan....aku selalu tengok pemandu yang memotong menggunakan laluan moto atau bahu jalan...sepatutnya itu yang dikenakan tindakan bukannya pemandu yang berhenti di bahu jalan kerana hal kecemasan...

Tolong la pikir..kalau memandu di laluan biasa....adakah boleh kita merempuh kenderaan yang terletak di bahu jalan dalam keadaan kecemasan....sepatutnya dikenakan tindakan adalah pemandu yang memotong manggunakan bahu jalan atau lorong paling kiri....

7 Feb 2010

Sungai Kalumpang Tanjung Malim Outing~

6 Fabruary 2010

Wee.......di pagi hari aku dikejutkan member serumah aku....
hahahaha...terkejut aku bgn dan tanya apa ke halnya...
rupa-rupanya nak pergi berkelah dan mandi sungai...

8.20 Pagi
Bergerak ke rumah murni , sepupu awek bido.
nak amik diaorg kat sana..

8.45 Pagi
Dekat parking rumah murni, tunggu diaorg abis masak dahulu...
weee....kul 9 lebih baru gerak dari sana..
kitaorg gerak 2 bijik keta...
1 keta bido dan satu lagi keta padil..

9.45 Pagi
Gerak ke tanjung malim...
singgah R&R Jejantas Sg Buloh..
tunggu satu biji keta lagi..

11.10 Pagi
Dah sampai Sg Kalumpang Tanjung Malim...
Hehehehe.....tgk je gambar kat bawah ni.....

4.30 Ptg
Gerak balik......
Wee...aku keletihan beb mandi sungai sebab dah lama tak mandi sungai,..
seronok dapat mandi sungai....hehehehhee



*Perancang Utama
Padil and murni


*Di atas batu


*Sejuk beb air sungai ni...


*Kita redah


*Ntah apa-apa ntah..


*Masak time


*Padil tgh mengibas

*Makan ayam je la....


*Renung ke arah air ni..


*Ikan byk la beb..



*Air yg mengalir


*di celah2 batu


*Cantik rama-rama ni jika buka sayapnya...tu aku kejar dapat gak snap pic ni..


*Ntah ler aku nak cakap apa..tapi time ni aku dalam air...hahhaha..


*Suka tgk air sungai ni..jernih jer..


*snap jer..


*ok x?..


*snap technic


*Bido ngan awek dia..time ni dah otw balik


*Berhenti sekejap di Rawang

6.00 Ptg
Sampai umah sepupu awek bido, si murni..
hantar diaorg pastu terus balik la...
malam ada program lain plak....
Enter a long URL to make tiny: