10 Feb 2010

Ambil tindakan terhadap pemilik kenderaan diletakkan di bahu jalan

*Ulasan berita

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lebuh raya yang menjadi punca berlakunya kemalangan dahsyat seperti di kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam yang mengorbankan enam beranak.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat lori yang diletakkan di bahu jalan atas pelbagai sebab termasuk rosak.

Ini, katanya, amat membahayakan pengguna lebuh raya terutamanya pada waktu malam.

"Pada waktu malam, pengguna lebuh raya kerap menganggap bahawa kenderaan berat yang berhenti di tepi jalan bergerak, tetapi hakikatnya ia tidak bergerak dan ini merupakan punca berlakunya nahas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd. Hamdan mengulas kejadian semalam membabitkan enam sekeluarga maut dan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada 1.30 pagi.

Presiden Kelab Proton Malaysia, Mohd. Hifni Mohd. Ghazali menggesa PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan.

Beliau berkata, syarikat konsesi tersebut sewajarnya lebih prihatin melalui penganjuran langkah mengurangkan risiko kemalangan termasuk meningkatkan rondaan melalui unit peronda PLUS.

"Rondaan kerap oleh unit peronda PLUS akan membolehkan kenderaan yang bermasalah tidak perlu menunggu lama di lorong kecemasan untuk mendapat bantuan.

Selain itu, Hifni turut berharap pihak PLUS dapat menyediakan lebih banyak kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan terpilih sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan bagi membolehkan pemantauan berterusan.

Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berpendapat, peranan pemandu juga penting dalam usaha mengurangkan kemalangan dengan lebih berhati-hati sekiranya memulakan perjalanan lewat malam atau awal pagi.

Beliau berkata, pemandu harus sentiasa peka terutama dalam memastikan sama ada terdapat kenderaan rosak yang berhenti di hadapan mereka.

"Pastikan kelajuan anda mengikut had laju serta beri ruang untuk anda bertindak bila situasi memerlukan," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu, PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam kenyatannya hari ini memberitahu, pihaknya meletakkan beberapa kon keselamatan di belakang lori rosak di lorong kecemasan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga awal pagi semalam.

Menurut kenyataan itu, kon-kon itu sebagai tanda amaran kepada para pengguna yang melalui kawasan lori tersebut selepas dimaklumkan oleh pemandu treler mengenai kerosakan kenderaannya berhampiran simpang Senawang, Negeri Sembilan.

Selepas mendapat panggilan daripada pemandu terbabit, pasukan PLUSRonda sampai ke lokasi kejadian pada pukul 9.09 malam bagi mengenal pasti kerosakan pada kenderaan itu.

"Sejurus tiba dan mengenal pasti kerosakan pada treler itu, anggota PLUSRonda meletakkan beberapa kon keselamatan yang dilengkapi dengan lampu berkelip-kelip.

"Papan tanda anak panah juga diletakkan sebagai memberi amaran kepada pemandu lain tentang terdapat halangan di hadapan,'' kenyataan itu lagi.

________________________

*Ulasan aku...

Apa yang dilakukan PLUS tu dah betul dan sememangnya begitu la...tetapi aku still dgn pendapat aku..ini bukannya masalah pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka di tepi lorong kecemasan kerana ianya perlu dan wajib berada di lorong kecemasan supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..kalau tak buat apa di adakan laluan kecemasan..dan pula tak kan pemandu nak berhenti lama di tgh-tgh jalan kan..

Yang jadi masalahnya sekarang ialah pemandu kenderaan yang memandu sama ada pelahan atau laju di lorong kecemasan..kerana mereka inilah penyebab kemalangan yang sebenarnya dan bukannya kenderaan yang rosak dan berhenti di lorong kecemasan. Golongan yang memandu di lorong kecemasan ini hanya pentingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.

Hari-hari aku lalui situasi sama, dimana pemandu kenderaan ringan ataupun lori suka memandu atau memotong di laluan kecemasan..tiap-tiap hari, kalau korang nak tgk pic nanti aku akan rakamkan pemandangan yang aku lihat hari-hari...

Dan apa pula jenis tindakan yang nak diambil yang dicadangkan FOMCA?.. saman?...kan dah betul-betul menyusahkan...dah la pemandu kenderaan itu mengalami kerosakan pada kenderaan beliau dan berhenti di lorong kecemasan dan pada masa itu pula kena plak saman...tak menyusahkan pemandu ker jika begitu kerana nak membaiki kenderaan beliau...mau makan ratus-ratus gak kan kemudian kena bayar saman lagi....betul-betul menyusahkan...

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: