9 Feb 2010

Bertindak terhadap pemilik kenderaan di bahu jalan: Fomca

*Baca ulasan aku dibawah sekali

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lebuh raya yang menjadi punca berlakunya kemalangan dahsyat seperti di KM252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam yang mengorbankan enam beranak.


Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan, berkata sejak kebelakangan ini terdapat lori yang diletakkan di bahu jalan atas pelbagai sebab termasuk rosak dan ini amat membahayakan pengguna lebuh raya terutamanya pada waktu malam.

"Pada waktu malam, pengguna lebuh raya kerap menganggap bahawa kenderaan berat yang berhenti di tepi jalan bergerak tetapi hakikatnya ia tidak bergerak dan ini adalah punca berlakunya nahas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Hamdan mengulas kejadian semalam membabitkan enam sekeluarga maut dan mayat mereka rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada 1.30 pagi.

Sebubungan itu, katanya, peraturan terhadap kenderaan yang diletakkan di tepi lebuh raya terutamanya kenderaan berat perlu diperketatkan termasuk mewajibkan papan tanda kecemasan diletakkan 100 meter dari kenderaan yang rosak dan mudah dilihat oleh pengguna lain.

"Ini perlu bagi mengelakkan kejadian rempuhan oleh kenderaan yang bergerak terutama apabila jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya menjelang musim perayaan," katanya.


Disamping itu, katanya, pemandu kenderaan juga hendaklah mengurangkan kelajuan kenderaan apabila terlihat tanda amaran yang diletakkan di bahu lebuh raya.

Mohd Hamdan juga meminta syarikat konsesi lebuh raya seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) serta polis mempertingkatkan rondaan dan memastikan kenderaan berat yang rosak tidak dibiarkan terus berada di bahu lebuh raya tetapi hendaklah ditunda ke tempat yang selamat secepat mungkin. - Bernama

Sumber : Berita Harian

___________________________________________

Ulasan aku :

aku tak sokong langsung....sebenarnya, sepanjang aku bawak kereta la....memang patut jika kereta atau kenderaan yang rosak berhenti tepi bahu jalan kerana itu adalah hal kecemasan..tetapi bila dicadangkan kenakan tindakan..itu menyusahkan pemandu kenderaan yang berhenti tepi bahu jalan disebabkan hal kecemasan...

Sebenarnya sikap pemandu yang suka memotong kiri menggunakan jalan yang selebar utk bahu jalan itu yang sepatutnya dikenakan tindakan....aku selalu tengok pemandu yang memotong menggunakan laluan moto atau bahu jalan...sepatutnya itu yang dikenakan tindakan bukannya pemandu yang berhenti di bahu jalan kerana hal kecemasan...

Tolong la pikir..kalau memandu di laluan biasa....adakah boleh kita merempuh kenderaan yang terletak di bahu jalan dalam keadaan kecemasan....sepatutnya dikenakan tindakan adalah pemandu yang memotong manggunakan bahu jalan atau lorong paling kiri....

3 comments:

  1. mmg tu pon salah jugak bile keta ikot laluan motosikal...
    tapi pabila kenderaan yg diletakkn di bahu jalan tetap mengundang bahaya kpd pemandu yg laen! bahaya sgt! xdpt bygkan kalo hujan lebat lagi!
    aku rase xsalah kalo nk letak kat bahu jln sbb dah dh mmg emergency kan TAPI mesti dgn betul spt: sign 3 segi atau ape2 la (mengikot undang2)yg memberi tanda kpd pemandu laen bahawa kenderaan ini rosak.
    dan dlm kes ini pemandu lori ini dh lama letak lori rosak tu kat situ!

    dan mcm biase, dh ade nyawa terkorban baru nak kuat undang-undangla bla bla...

    Al-Fatihah buat semua mangsa. Amin!

    ReplyDelete
  2. ye alfatihah untuk mangsa-mangsa yang terkorban...

    ReplyDelete
  3. tapi kan makTEH, aku selalu la...hari2 lagi aku melihatnya...kkdg geram pun ada sebab kenderaan yang menggunakan laluan moto atau kecemasan just utk pergi dengan cepat dan memotong sebelah kiri...kkdg aku pun bengang jugak la...sebab diaorg la yang menambahkan lagi kesesakkan lalu lintas tersebut.....org lain beratur panjang..selamber je diaorg main lorong paling kiri yakni lorong kecemasan dan laluan sikal....

    ReplyDelete

Enter a long URL to make tiny: