19 Feb 2010

Pemandu 'hati kering'

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/02/19

PUTRAJAYA: Tidak cukup dengan lorong kecemasan, pemandu ‘hati kering’ dikesan sanggup menggunakan bahu jalan sebagai laluan pintas, kononnya boleh cepat sampai di lokasi dituju, tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain termasuk pejalan kaki.

Tindakan mementingkan diri sendiri dan disifatkan sebagai pemandu tidak bersekolah itu dirakam sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur, kelmarin.

Tanpa berselindung, Solah berkata, sepanjang perjalanan kira-kira 450 kilometer itu, beliau mengesan 93 pemandu yang melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar dan barisan serta menggunakan lorong kecemasan termasuk bahu jalan.

“Masih ramai pemandu yang degil seolah-olah tidak berpendidikan kerana tidak hiraukan keselamatan diri sendiri dan orang ramai.


Kalau nak kata mereka ini tidak sekolah tidak logik kerana kebanyakan mereka pemandu kenderaan mewah.
“Apakah ini sebenarnya perangai pemandu di negara kita.

Mentaliti mereka berubah ketika berada di jalan raya, menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa mengendahkan pengguna lain yang sabar beratur menunggu giliran masing-masing.

“Kelakuan tidak bermoral ini yang banyak mengundang kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas terutama ketika cuti musim perayaan,” katanya di sini, semalam.

Selain menggunakan bahu jalan, Solah berkata beliau mengesan dua kenderaan yang memotong barisan panjang kira-kira 10 kenderaan di garisan berkembar ketika dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang, Kelantan.

Tindakan kurang ajar dua pemandu kenderaan Perodua Kancil dan Kembara itu menyebabkan JPJ menahan kedua-dua kenderaan terbabit di Stesen Penguat kuasa JPJ Menta, Kuala Krai, Kelantan dan Benta, Pahang sebelum diberikan surat saman.

“Kami mengeluarkan saman serta-merta terhadap kedua-dua pemandu itu kerana tindakan mereka dianggap terlalu membahayakan pengguna jalan raya lain.

Selain dikenakan saman RM300, kedua-duanya berdepan risiko lesen memandu digantung atau dibatalkan,” katanya.


Sumber Capaian : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemanduhatikering/Article

____________

ini yang sepatutnya berlaku....

betul cakap Datuk KP JPJ tu...

Pemandu ni bukan nya tak berlajar tinggi dan berotak..

Tetapi hanya mementingkan diri sendiri..

Rentetan dari : http://sofian87.blogspot.com/2010/02/potong-kiri-lane-kecemasan.html



No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: