28 Mar 2011

Gempar!!! Kisah Seorang YB Yang Di Fitnah Tidur Dengan Perempuan.....



YB misteri...


Suatu hari, sedang YB ini sedang berehat, Blackberrynya berdenyit-denyit.

Satu BBS masuk.

YB menekan punat-punat Blackberrynya.

YB itu membaca mesej yang tertulis :
"Saya pernah tidur bersama-sama YB. Supaya saya tidak membocorkan
rahsia ini, YB harus masukkan wang ke dalam akaun saya. Kalau tidak,
akan heboh satu negara. KArier politik YB akan tamat. YB akan malu
semalu-malunya..."

YB menyandar ke kerusi empuknya. "Habis aku, kali ini!" dia merungut
sendirian.

Dia mula membayangkan isterinya yang punya jambul seperti ayam belanda
dan berbadan bulat seperti tong gas.

Dia membayangkan bagaimana isterinya yang montel itu akan mengamuk.

Dia juga membayangkan akan head line akhbar-akhbar tempatan seperti ini :
Panas!!!! Seorang YB yang tak sedar diri didapati selalu bermukah dengan
perempuan murahan.
YB cuba membuat agakkan akan siapa perempuan yang telah mengugutnya itu.

Tapi YB tidak menemui jawapannya.

Mungkin kerana terlalu ramai perempuan yang pernah dilimpahkan spermanya
sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk mengingati semua perempuan
tersebut.
Akhirnya, YB mengalah.

Dia memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun perempuan tersebut.

Bagi YB wang tidak ada masalah baginya. Hasil rasuah 14 tahun lepas yang
dibuatnya pun belum habis lagi.

Belum masuk lagi dengan duit-duit rasuah yang baru dan akan masuk.

Bagi YB, jawatan sebagai YB mesti dipertahankan.
Kalau jawatannya sebagai YB terbang, dia akan hilang segala-galanya.
Dua minggu kemudian:
Sekali lagi perempuan itu menghantar mesej yang sama. Masih lagi menagih
wang daripada YB.

Masih lagi menggunakan modal ugutan yang sama:
Saya pernah tidur bersama-sama YB.
YB tidak banyak pilihan. Sekali lagi dia memasukkan wang ke dalam akauan
perempuan tersebut.
Untuk dua minggu selepas itu, YB sudah tidak mendengar apa-apa lagi
berita daripada perempuan tersebut.

Sehinggalah pada suatu pagi, perempuan itu menghantar satu SMS meminta
supaya dimasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Masih lagi menggunakan modal yang sama :
Saya pernah tidur bersama-sama YB.
Melalui nombor telefon SMS yang dihantar itu, YB cuba mencari siapakah
gerangan perempuan tersebut.
"Siapa sebenarnya kamu ni?" tanya YB. "Takkan YB tak ingat." balas
perempuan tersebut.

Kemudian dia sambung lagi, "Mesti banyak perempuan yang telah ditiduri
YB sampaikan YB sendiri konpius"
"Sekurang-kurangnya, bagi tau la siapa nama kamu. Di mana kita pernah
tidur sama-sama," YB seperti merayu.
"Saya boleh memberitahunya. Tapi selepas YB memasukkan dulu duit saya
itu," balas perempuan itu.

Manja bunyinya, sangat menggoda.
"OK," kata YB ringkas.
Selepas memasukkan wang yang diminta, YB menelefon semula perempuan
tersebut.

YB bertanya "Siapa nama kamu? Di mana saya pernah tidur dengan kamu?"
"Nama saya Mimie," balas perempuan itu.
"Mimie? Mimie yang mana satu?" tanya YB
"Alaaa...saya pun satu parti juga dengan YB," balas Mimie.
Kemudian Mimie sambung, "Saya pernah tidur sama-sama dengan YB dalam
dewan."
"Dalam dewan???" YB kehairanan.

Seingat YB, dia tak pernah tidur dengan perempuan dalam mana-mana dewan.

"Dalam Dewan Jin Pakai Toceng".

"Masa tu perhimpunan agung tahunan parti Jembalang Tanah" .

Masa Presiden parti kita buat ucapan, saya duduk di belakang dan
saya lihat YB tertidur. Masa tu juga saya pun tertidur.

Kita sama-sama tidur sebab ucapan Presiden tu sangatlah memboringkan,"
kata Mimie.

"Kita sama-sama tidur yer..." bisik YB.
"Hampeh, aku tertipu dah!!!..." kata YB pelan-pelan dalam hati.


tandatangan
Nota: Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapapun. Hanya rekaan
semata-mata.


--------------------

Ulasanku : wawawa...aku tergelak kot baca cerita ni...

2 comments:

  1. Thanks for the credit bro...

    ReplyDelete
  2. sesama....saya cuma berkongsi...akan saya kredit jika saya mengambil artikel org lain...untuk menghormati sesama rakan blogger kita...

    ReplyDelete

Enter a long URL to make tiny: