21 Jul 2012

=| myMetro : Geng langgar, samun tumpas |=

KUALA LUMPUR: Enam lelaki dikenali sebagai ‘Geng Motorbike Fendi’ yang aktif melakukan samun menggunakan taktik melanggar kereta mangsa sebelum menyamun ditahan dalam beberapa serbuan Rabu, kelmarin dan semalam, di sekitar ibu kota.

Setakat ini, geng berkenaan terbabit dalam 10 kes. Hasil penahanan itu, polis merampas 29 barangan berharga yang disamun termasuk komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan pelbagai jenama yang bernilai RM50,000.

Mangsa geng berkenaan adalah pemandu yang memandu kereta seorang diri di kawasan sunyi. Mereka melanggar kereta mangsa sebelum mangsa berhenti dan melihat apa yang berlaku. Ketika itu, mereka mengeluarkan parang dan menyamun mangsa.

20 Jul 2012

=| Personal | Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H |=

Assalammualaikum rakan-rakan..
saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H..
semoga amalan puasa dan kebajikan dibulan Ramadhan ini lebih sempurna dan diberkati ALLAH S.W.T..

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah silap dan terkasar bahasa. Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.

Di lampirkan bersama niat puasa dan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.

sumber : dari facebook

13 Jul 2012

=| Personal : Blogger in mobile |=

Aku baru nak memulakan blogging untuk blog ni..
Lama juga kan tak update blog ni..
Sekarang dah boleh blog guna handphone...
http://market.android.com/details?id=com.google.android.apps.blogger
Dan hanya dengan menggunakan handphone xperia x10 aku seperti di bawah..














Peace....
Blogger in the house!!!

Enter a long URL to make tiny: