28 Apr 2013

=| Tazkirah : Waspadalah Empat Perkara |=

Assalammualaikum kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog tak seberapa ini..Ada artikel baru untuk diupdate..semoga menjadi renungan kita bersama-sama..

Di dalam kehidupan, ada empat perkara yang dapat menyebabkan kita hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak :

1.    Tidak suka terhadap qadha' dan qdar Allah dan tidak rela menerimanya;

2.   Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat;


3.   Dengki kepada manusia, suka berbalas dendam, dan iri terhadap kurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang:


أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكاً عَظِيماً 
(An-Nisa' : 54)

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Rasulullah S.A.W bersabda:
لآ رَاحَةَ لِحَسُوْدِ

Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki...

24 Apr 2013

=| Tazkirah : Fitnah - Al-Quran dan Hadis |=

Assalammualaikum sahabat-sahabatku sekalian..

Sebagai seorang umat manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Dan setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Namun, dalam kehidupan harian bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Islam menganggap fitnah adalah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh. (al-Baqarah: 191)
Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29)

Dalil Al Qur’an :

Al-Baqarah (2) : 191

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ

2.191. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.

Al-Baqarah (2) : 193

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ

2.193. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

17 Apr 2013

=| Tazkirah : Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Ikhlas |=

Semoga kita mudah beramal hendaknya kerana kelebihan Surah Al-Ikhlas ini..ayatnya pendek tetapi banyak khasiat dan fadhilatnya...


1. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).


9 Apr 2013

=| Tazkirah : Fadhilat Ucapan "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" |=




Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

6 Apr 2013

=| Informasi : Tanda-Tanda Terkena Sihir dan Cara Mengatasi |=


Dah lama aku tak update blog dengan informasi dan tips sebegini...
InshaALLAH akan cuba aku untuk mencari tips2 dan informasi yang berguna untuk dikongsikan bersama..
Semoga ada juga amalan yang boleh aku share bersama dalam blog ini selain berkongsi apa-apa yang aku selalu update..
Di dalam kehidupan serba moden kini dengan teknologi yang menghiasi dunia sekarang, mungkin ramai yang berkata-kata, ilmu tradisional seperti ilmu sihir, jampi serapah dan sebagainya macam tak masuk akal kan...
Tetapi mungkin bagi orang yang tidak pernah mengetahui memang masih dan wujud lagi ilmu-ilmu seperti ini yang ada di amalkan oleh pengamalnya..

InshaALLAH semoga tips2 dan informasi ini menjadi sesuatu yang berguna di kala kita memerlukan..

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berkongsi di Facebook dan laman sosial yang lain...


Tanda-tanda Terkena Sihir

1 Apr 2013

=| Personal : Dinner di Flaming Steamboat Buffet |=

Assalammualaikum....
Ok first time aku pergi ke restoren buffet ni semalam 31/03/2013...nama restoren Flaming Steamboat Buffet..restoren ini menyediakan buffet utk steamboat makanan laut..perghh..layan abes semalam...restoren ni bersebelahan sunway piramid..kawan baik aku Nasrun yang menjemput aku untuk berdinner sekali..kerana risaukan aku yang mungkin dalam kemurungan selepas kemalangan malam sebelum itu..

Alhamdulillah, terima kasih kepada Nasrun kerana sudi belanja aku makan di restoren ini..semoga murah rezeki sentiasa..Harga untuk setiap orang bagi hidangan buffet di restoren ini adalah RM26.90 dan boleh makan sampai lebam...berbaloi juga la kalau bawak family dinner sini dan rakan-rakan...harga ini termasuk semuanya dari makanan laut, nasi, pelbagai mee, kuih dan ice cream....restoren ni layan diri dan perlu bayar dahulu serta boleh booking meja untuk pergi makan...

Nasrun booking meja untuk kitaorg makan jam 6 petang dan dapat tempat di tingkat 1. Ok juga la..dapat tengok sekeliling di bawah...


Persekitaran restoren

=| Personal : Kemalangan |=

Assalammualaikum....
Syukur ke Hadrat Illahi..aku masih dapat meneruskan hidup dimuka bumiNya Ya Allah Ya Tuhanku..

Pada 30/3/2013 pada pukul 1920..aku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong  berhampiran stesen TV3 menghala ke arah Puchong..berkeadaan cuaca hujan lebat dan jalan yang licin...aku telah melanggar kereta dihadapanku secara berseret kerana telah menekan brek sebelum itu...jalan amat licin masa kejadian..selepas berlanggar dengan kereta hadapan dan terus menyeret melanggar sebuah lagi kereta di hadapan sekali...

30 Mar 2013

=| Personal : Kerja, Cuti, Hobi |=

Assalammualaikum..
Alahai...baru beberapa hari tak update blog ngan gambar2 kan..
Ni nak bercerita pasal kerja..waaa...aku dah gila keja...
Beberapa hari seminggu kerja siang dan malam je..
Alhamdulillah boleh la juga aku byk berlajar cara-cara troubleshooting setiap product2 yang aku bawak..
Sepanjang aku kerja di company sekarang...byk juga aku handle beberapa IT Security product..
Byk juga aku tahu cara-cara nak install, menggunakannya dan juga cara-cara troubleshooting..
Wa..dah jadi gila keja beb...syukur, walaupun aku terima dugaan satu-satu..berkat sokongan family dan rakan-rakan yang ada...aku berjaya untuk mengawal diriku...ye dengan pikirkan pasal kerja...hehehe..

24 Mar 2013

=| Hobiku : Warna-warni Putrajaya 2013 |=

Assalammualaikum.........................
Disebabkan terlalu bosan duk sorang2 maka aku melangkah ke Putrajaya di malam hari untuk mengambil gambar permandangan...

Adus....damainya warna-warni permandangan di Putrajaya selain di kawasan Dataran dan Masjid Putrajaya....

So, aku decide untuk ambil gambar di kawasan berdekatan dengan PICC....agak ok juga di kawasan tu....

Jom layan gambar-gambar terpilih di bawah...selebihnya aku dah upload ke FB Sofian Akasah...


Kawasan tasik berhampiran PICC

23 Mar 2013

=| Lirik Lagu : 5.00 Minit - Ramlah Ram ft Caprice |=

Cam best lagu ni...
Jom Layan!!!


video

(Caprice)
Good evening..sayang,
Its your boy C to the P
And I got 5 minutes, right about now
We got Ramlah Ram right next to me,
Let’s go

(Ramlah Ram)
Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
Pastinya dunia ini akan ku miliki
Walau ku tidak mampu untuk meluahkan
Harapan cintaku ada dihati mu

20 Mar 2013

=| Hobiku : Percubaan Garis Cahaya 1 |=

Selamat pagi..................
Ok, satu je pic yang dapat aku rasa ok la..dalam 30 pic tu satu je bagi aku, tu pun nampak cam bintik2 skit..lain2 pic hampes dan jahanam..
Hahahaha...xda idea nampak ku malam ni...
Kena statik maybe nampak lagi cantik..
Pic yang kat dalam ni aku buat masa bergerak dan garis cahaya berhasil seperti dibawah...

Cubaan #1

Kecewa sikit sebab xpuas hati...so aku akan buat shoot malam hari jumaat nanti atau sabtu malam...
Ada kawan tu dah janji nak ikut skali...kali ni nak duk kat atas flyover dekat federal....waaa...cam berani weh...

So ni ada pic permandangan sikit untuk tengok2 jer..

wide nyer


19 Mar 2013

=| Hobiku : Nak try macro tp belum jadi |=

Selamat malam...eh jam 8.00 malam ni dah malam ke belum ek?...
Ok hari ni aku try nak buat macro guna camera samsung tp tak jadi seperti hasilnya..

So jadi la seperti hasil dibawah...jap lagi nak keluar sekejap...kalau sempat aku nak test teknik yang semalam tu...yehaa...

Harap-harap malam ni cuaca elok....

Percubaan pertama


Percubaan kedua

=| Personal : Hobi lama kembali , buatku happy |=


Assalammualaikum...
Waa...dah lama aku tak menulis...
Asyik upload music video je kan...

Ok..apa hobi lama aku...
Lama juga aku xgiat dalam hobi ni weh..
Tinggal habis...sekarang baru nak mula balik..

Ok, hobinya ialah photoshoot tanpa edit hanya watermark sahaja dan terus upload..
Hehehehe...akan ku cuba kembangkan bakatku dengan photoshoot hanya menggunakan kamera semi-pro Samsung EX1 aku ni seperti di bawah..
Apakan daya...tak mampu nak pakai DSLR lagi katakan....


My Cam Samsung EX1

17 Mar 2013

=| Lirik Lagu : Izzla - Ku Kunci Rindu Buatmu |=

Jiwang je kan aku pepagi ni..hahahahha...

video


Ku Kunci Rindu Buatmu Lyrics by Izzla

Tak mengerti aku tak mengerti 
Mengapa engkau masih menanti 
Sedangkan dulu di waktu dulu 
Hati ini kau hancurkan 
Jiwa ini disakiti

=| Lirik Lagu : Scren - Tak Suka Tak Apa |=

Layan jiwang pepagi ni......


video




Tak Suka Tak Apa Lyrics by Screen


Jikalau orang tak suka tak apa 
Tapi janganlah kau mengata 
Sudah menjadi adat di dunia 
Ada rupa dan berharta orang suka

14 Mar 2013

=| Lirik Lagu : Spider - Mungkinkah Terjadi |=


Jom layan spider!!!!

video

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa
Tak pernah aku merasai

9 Mar 2013

=| Lirik Lagu : Damasutra - Asyik |=


Layan jiwang je pepagi ni...hahahahaha...
Jom layan sebelum mata terpejam untuk tido....

video


Dengan bahasa kalimah yang sama 
Puji dan memuja 
Dilindung dan dibuka 
Rahsiakan tetap rahsia

=| Lirik Lagu Kapilla - Biar Berjauhan |=


Wa....dah lama aku tak dengar lagu ni...
Tetiba layan dalam phone cam best nak upload kat sini..
Jom layan!!!
Tapi yang penting nk TENGOK LAUT sekarang...huhuhu

video


Biar menjauh
Dari menghampiri
Agar tak berulang
Kelukaan hati

7 Mar 2013

=| Lirik Lagu : AXL's - Setelah Hati Terluka |=

Layan jiwang plak boleh..layan

video


Mestikah air mata ini
Membasahi di pipiku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka

6 Mar 2013

=| Lirik Lagu : Bittersweet - Capital E |=

This song i like forever and ever....
From the beginning Aboi (Izammi) introduce this band to me till now..
Thanks bro..this band are the best..

video

When i'm crying, you laughing 
You think that it has all been decided 
But its all coming back to you... 
You never realise 
You think its alright 
You say i can't swim 
But you'r drowning 
You think that its all is been decided 
But you still hiding in your shoes 
You never try to walk 
You think its alright

=| Lirik Lagu : The Fabulous Cat - Rimas |=

Melayan dikala bosan...

video


Lari lari lari

aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri

4 Mar 2013

=| Lirik Lagu : Bittersweet - Perfect Match |=

Saja layan!!



Oh... 
Are you ready now 
The trains are ready to go 
But you're still busy talking crap and cheap on the phone 
So make up your mind 
Or else you'll never know 

9 Jan 2013

=| SELAMAT TAHUN BARU 2013 |=

Wa sudah masuk tahun 2013..dah 9 hari dalam tahun baru..
Lama juga la aku tak mengupdate blog aku ni..
Bila lagi aku nak aktif blogging macam sebelum2 ni..

Untuk tampalan tahun baru ini...
Akan ku cuba menampal blog ini dengan info2 yang berguna dan perjalanan hidupku ini..
Semoga apa yang menjadi kenangan sentiasa dalam lipatan sejarah hidupku..

Semoga tahun ini ada azam dan nekad yang boleh ku jayakan..


blogger
sofian akasah
Enter a long URL to make tiny: