28 Apr 2013

=| Tazkirah : Waspadalah Empat Perkara |=

Assalammualaikum kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog tak seberapa ini..Ada artikel baru untuk diupdate..semoga menjadi renungan kita bersama-sama..

Di dalam kehidupan, ada empat perkara yang dapat menyebabkan kita hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak :

1.    Tidak suka terhadap qadha' dan qdar Allah dan tidak rela menerimanya;

2.   Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat;


3.   Dengki kepada manusia, suka berbalas dendam, dan iri terhadap kurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang:


أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكاً عَظِيماً 
(An-Nisa' : 54)

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Rasulullah S.A.W bersabda:
لآ رَاحَةَ لِحَسُوْدِ

Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki...

24 Apr 2013

=| Tazkirah : Fitnah - Al-Quran dan Hadis |=

Assalammualaikum sahabat-sahabatku sekalian..

Sebagai seorang umat manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Dan setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Namun, dalam kehidupan harian bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Islam menganggap fitnah adalah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh. (al-Baqarah: 191)
Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29)

Dalil Al Qur’an :

Al-Baqarah (2) : 191

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ

2.191. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.

Al-Baqarah (2) : 193

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ

2.193. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

17 Apr 2013

=| Tazkirah : Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Ikhlas |=

Semoga kita mudah beramal hendaknya kerana kelebihan Surah Al-Ikhlas ini..ayatnya pendek tetapi banyak khasiat dan fadhilatnya...


1. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).


9 Apr 2013

=| Tazkirah : Fadhilat Ucapan "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" |=




Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

6 Apr 2013

=| Informasi : Tanda-Tanda Terkena Sihir dan Cara Mengatasi |=


Dah lama aku tak update blog dengan informasi dan tips sebegini...
InshaALLAH akan cuba aku untuk mencari tips2 dan informasi yang berguna untuk dikongsikan bersama..
Semoga ada juga amalan yang boleh aku share bersama dalam blog ini selain berkongsi apa-apa yang aku selalu update..
Di dalam kehidupan serba moden kini dengan teknologi yang menghiasi dunia sekarang, mungkin ramai yang berkata-kata, ilmu tradisional seperti ilmu sihir, jampi serapah dan sebagainya macam tak masuk akal kan...
Tetapi mungkin bagi orang yang tidak pernah mengetahui memang masih dan wujud lagi ilmu-ilmu seperti ini yang ada di amalkan oleh pengamalnya..

InshaALLAH semoga tips2 dan informasi ini menjadi sesuatu yang berguna di kala kita memerlukan..

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berkongsi di Facebook dan laman sosial yang lain...


Tanda-tanda Terkena Sihir

1 Apr 2013

=| Personal : Dinner di Flaming Steamboat Buffet |=

Assalammualaikum....
Ok first time aku pergi ke restoren buffet ni semalam 31/03/2013...nama restoren Flaming Steamboat Buffet..restoren ini menyediakan buffet utk steamboat makanan laut..perghh..layan abes semalam...restoren ni bersebelahan sunway piramid..kawan baik aku Nasrun yang menjemput aku untuk berdinner sekali..kerana risaukan aku yang mungkin dalam kemurungan selepas kemalangan malam sebelum itu..

Alhamdulillah, terima kasih kepada Nasrun kerana sudi belanja aku makan di restoren ini..semoga murah rezeki sentiasa..Harga untuk setiap orang bagi hidangan buffet di restoren ini adalah RM26.90 dan boleh makan sampai lebam...berbaloi juga la kalau bawak family dinner sini dan rakan-rakan...harga ini termasuk semuanya dari makanan laut, nasi, pelbagai mee, kuih dan ice cream....restoren ni layan diri dan perlu bayar dahulu serta boleh booking meja untuk pergi makan...

Nasrun booking meja untuk kitaorg makan jam 6 petang dan dapat tempat di tingkat 1. Ok juga la..dapat tengok sekeliling di bawah...


Persekitaran restoren

=| Personal : Kemalangan |=

Assalammualaikum....
Syukur ke Hadrat Illahi..aku masih dapat meneruskan hidup dimuka bumiNya Ya Allah Ya Tuhanku..

Pada 30/3/2013 pada pukul 1920..aku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong  berhampiran stesen TV3 menghala ke arah Puchong..berkeadaan cuaca hujan lebat dan jalan yang licin...aku telah melanggar kereta dihadapanku secara berseret kerana telah menekan brek sebelum itu...jalan amat licin masa kejadian..selepas berlanggar dengan kereta hadapan dan terus menyeret melanggar sebuah lagi kereta di hadapan sekali...

Enter a long URL to make tiny: