1 Apr 2013

=| Personal : Kemalangan |=

Assalammualaikum....
Syukur ke Hadrat Illahi..aku masih dapat meneruskan hidup dimuka bumiNya Ya Allah Ya Tuhanku..

Pada 30/3/2013 pada pukul 1920..aku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong  berhampiran stesen TV3 menghala ke arah Puchong..berkeadaan cuaca hujan lebat dan jalan yang licin...aku telah melanggar kereta dihadapanku secara berseret kerana telah menekan brek sebelum itu...jalan amat licin masa kejadian..selepas berlanggar dengan kereta hadapan dan terus menyeret melanggar sebuah lagi kereta di hadapan sekali...


So, kejadian berlaku pantas dan telah sebabkan kesesakkan...waaa....giler betul jalan...sampai aku dari lane tengah nak ke lane kecemasan pun susah...kereta banyak laju2 oooo...

Masa tu aku dalam kereta bersama kawan aku yang datang dari Alor Setar, Shazwan kerana dia nak berjalan-jalan di kL..Alhamdulillah kami semua dalam kereta selamat dan tiada kecederaan...

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada crew2 Kelab Kereta PWC  Central yang datang dan membantu aku sehingga kereta naik ke atas towing carrier dan juga rakan2 kolej yang datang ke Balai Polis PJ untuk bertemu...serta paling banyak membantu kawan baik aku di KL ni Nasrun yang datang lepas dapat call aku, pastu hantarkan kawan aku Shazwan yang nak balik ke kedah , pergi balai polis temankan aku dan menghantar aku mengambil kereta untuk digunakan pada masa sekarang..Jasa korang sangat aku hargai...

Di bawah aku selitkan beberapa keping gambar kemalangan untuk kenang-kenangan..


remuk depan je la

bersedia naik towing

boleh repair lagi

naik towing juga akhirnya



siap kena control lagi aih.

kereta di hadapanku..laju ke aku?..sikit je kemeknya

kereta paling hadapan

menunggu lagi.

sikit benor..camana cerita?

Banyak-banyak aku bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, aku masih dapat meneruskan perjalanan hidup..inshaALLAH aku akan perbaiki lagi diri yang mungkin tersasar dari laluan sebenar..semoga aku sentiasa diberikan petunjuk dan jalan yang benar..

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: