28 Apr 2013

=| Tazkirah : Waspadalah Empat Perkara |=

Assalammualaikum kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog tak seberapa ini..Ada artikel baru untuk diupdate..semoga menjadi renungan kita bersama-sama..

Di dalam kehidupan, ada empat perkara yang dapat menyebabkan kita hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak :

1.    Tidak suka terhadap qadha' dan qdar Allah dan tidak rela menerimanya;

2.   Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat;


3.   Dengki kepada manusia, suka berbalas dendam, dan iri terhadap kurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang:


أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكاً عَظِيماً 
(An-Nisa' : 54)

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Rasulullah S.A.W bersabda:
لآ رَاحَةَ لِحَسُوْدِ

Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki...

4.   Berpaling dari peringatan Allah :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

(Surah Taha : 124)
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".


Renungan bersama:

Solat mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mententeramkan, memperteguh, dan melapangkan hati, serta dapat membuat hati terasa lega dan nyaman. Solat juga merupakan cara untuk menghubungkan hati dan roh kepada ALLAH , mendekatkan diri seorang hamba kepadaNya, meraih kenikmatan berzikir kepadaNya, meraih kenikmatan bermunajat kepadaNya, dan meraih kenikmatan bersimpuh di hadapanNya. Dalam solat seorang hamba dapat  menggunakan seluruh anggota badan dan kekuatannya untuk menyembah ALLAH , memberikan hak kepada setiap anggota tubuhnya, melupakan ketergantungan, hubungan dan keakrabannya dengan sesama manusia, dan menarik semua kekuatan hati dan anggota tubuh hanya untuk berkonsetrasi kepada Penciptanya. Solat juga merupakan ubat yang mujarab, hal yang amat menyenangkan, dan hidangan yang sangat lazat yang akan membawa kebaikkan hanya bagi hati yang sihat, kerana hati yang sakit, tidak ubahnya tubuh manusia yang hanya boleh diisi makanan dan minuman yang lazat.

Solat merupakan cara efektif bagi seseorang muslim untuk meraih kemaslahatan dunia akhirat. Solat juga merupakan cara efektif untuk menolah berbagai kerosakan, baik yang berhubungan dengan hubungan dunia mahupun urusan akhirat. Solat dapat mencegah terjadinya dosa dan mencegah timbulnya berbagai penyakit hati dan badan. Solat dapat menyinari hati, menjadikan jiwa dan raga lebih bersemangat, menjadi sebab datangnya rezeki, menolak timbul kezaliman, dan menjadi penolong bagi orang yang dizalimi. Solat juga dapat meredam syahwat, menjaga nikmat yang diberikan ALLAH, menolak musibah, menjadi sebab turunnya rahmat, dan menghilangkan kesusahan.


In shaa ALLAH, marilah sama-sama kita menghayatinya..semoga menjadi pedoman kepada semua....

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: