22 Apr 2014

=| Personal : Tagline #Live #Live #Love |=


Assalammualaikum semua...selamat pagi...

Fuhh...tengah2 membersihkan sawang-sawang yang ada dalam blog ni...nak bagi ceriakan balik rumah blogger ni...
Alhamdulillah di Tahun 2014 tahun yang takkan pernah hilang dengan dugaan dan cabaran...Makin dewasa kita, makin berpengalaman kita, makin kita dikenali, makin kita mengasah bakat..
Seharusnya kita bersyukur ke Hadrat Illahi yang telah mengurniakan kita akal fikiran, sihat tubuh badan dan segalanya yang ada di alam fana ini...
Ok dah habis mukhadimah yang tak seberapa, mari kita terus ke topik tagline #Live #Life #Love..

Eh..eh..eh..jiwang pulak ke mamat nama Sofian Akasah..tagline macam jiwang...
Ahahahahaha..aku bukan jiwang tapi itulah tagline rasmi aku...
Tagline yang akan aku gunakan untuk menghadapi liku-liku kehidupanku ini..

Entah kenapa aku terpikir untuk menggunakan tagline tersebut, tetapi tagline itu menggambarkan sesuatu yang bersemangat dan bermakna.

#Live = Hidup
#Life = Kehidupan
#Love = Percintaan

Kita hidup dalam kehidupan yang penuh percintaan...Cinta kepada Allah, Cinta kepada Ibu Bapa dan Keluarga, Cinta kepada segalanya..sebab dari pengalaman hidup yang lepas, dalam menjalani liku-liku kehidupan, dalam perhubungan persahabatan dan percintaan, pelbagai dugaan, pelbagai ringtangan, pelbagai cabaran telah aku lalui, telah aku tempuhi, telah aku susuri, tetapi selagi kita hidup di dunia ini, selagi kita ada kehidupan, selagi percintaan adalah satu lonjakan dan semangat, selagi itu kita pasti berjaya menempuhinya...

Aku berharap tahun 2014 ini adalah tahun pemangkin semangat untuk aku terus berjaya dalam melalui liku-liku kehidupan mendatang dengan penuh kegembiraan. Tinggalkan segala kesedihan, kukuhkan semangat jati diri, inshaALLAH aku boleh lakukan yang terbaik dari sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: