12 Oct 2015

=| Joran Beraksi : Kuala Kubu Bharu |=

Assalammualaikum...

Sila Klik utk Maps Besar
Dah mai kegilaan nak mengail kata orang utara ...hehehe.. cheq memang org utara nooo...
Kali ni trip memancing sungai di Kuala Kubu Bharu....actually ni dah second trip ke Kuala Kubu Bharu (KKB).Sebuah bandar kecil di Daerah Hulu Selangor. Pernah ke sini semata-mata untuk kejar kelah ngan toman...hehehehe...dari sini boleh pergi Fraser Hill..dah lama tak jejak kaki ke Bukit Fraser ni..

Persimpangan Kuala Kubu Bharu
Kali pertama dulu pergi tak berapa nak tahu sangat port. Tu pun rasanya pergi bulan 6 hari tu  kot..dah lupa tarikh da..ni baru nak gila skit memancing dan blogging. So update kat blog ja la..actually ni trip 2 hari 1 malam..tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, trip memancing tetap 2 hari tapi hari pertama pi lawat kawasan pastu balik semula ke KL dan hari kedua baru mulakan misi memancing..

So kali ini pun menghambarkan, setibanya awal pagi pukul 7 pagi 11/10/2015 di KKB , menyinggah dahulu di rumah Kak Zura dan Abg Fauzi, iaitu kenalan dalam kelab permotoran yang tinggal di KKB. Pergi bersarapan dan sebagainya dulu, isi perut yang , penting kan.
Pekan Kuala Kubu
Kemudian trip memancing bermula agak lewat, saja je actually hari ni, bukan nak memancing sangat, cuma nak try main Back Casting (BC) sbb baru nak berlajar...
Permulaan tempat memancing biasa la, di empangan KKB yang nak menghala ke Fraser Hill. Tetapi percubaan di empangan kali ini juga amatlah tidak mendapat sambutan ikan-ikan di dalam empangan kerana maybe sebab dah breakfast pepagi kenyang-kenyang  kemudian tak melayan umpan mati plak kan. **(maaflah, takda gambar sebab tertinggal phone dalam kereta)**

Katak Tiruan Lembut
Setelah itu, berubahlah tempat tetapi masa tu dah tengah so kita lunch dulu...disebabkan aku membawa anak Kak Zura & Abg Fauzi yang dua orang tu..so makanya, pulanglah ke rumah Kak Zura & Abg Fauzi untuk menikmati santapan tengahari. Setelah kenyang dan sebagainya, tempat kedua pulak di lubuk Taman Mellinium KKB (sini pun takda gambar sebab tertinggal phone juga). Perghhh, wa cakap lu, sini punya lubuk toman tak layan katak tiruan seperti dalam gambar tu.

Aku punyalah la casting lambung-lambung bagai siap lalu sebelah toman tapi punyalah sombong si toman situ xmakan umpan ni. So aku pun tanya la kat Faris dan Fikri, apsal toman ni xnak makan. Depa boleh jawab ikan sini makan katak hidup je. Menyirap oooo tengak toman camtu je. Takpa lah, dah tak berezeki kat sini. So mencari lubuk casting lain pulak lah selepas itu.
Sg. Selangor

Selepas tu, aku dapat port baik punya, tapi port tu aku actually dapat adjust BC aku ngan berlajar cara guna BC. Ingat senang ke guna BC, perghhh mengagau weh. So setelah ikan toman di Taman Millenium tak makan umpan. Aku pun beralihlah ke Sg. Selangor. Disinilah aku dapat setting betul2 BC dan cara handlenya. Actually, sblm ni aku tak casting, main pancing je. HAHAHAHA.

Si Faris
Sg Selangor ni memang cantik, siap boleh turun berenang lagi kalau nak ler. Aku memang tak la nak berenang kat sungai kan. Sekadar turun nak memancing bleh la. So, kat sini aku berlajar cara nak setting BC, nak baling, nak lontar, nak lempar dan segalanya nak buat la..sedap juga dapat port yang macam ni kan.

Fikri
Setelah hampir sejam lebih menyesuaikan diri dengan BC yang  ni. Barulah dapat feel main casting guna BC kan..sapa nak cuba setting BC boleh pergi sungai ni...cadangan amat bernas.

Kat sini dapat la aku bergambar skit. Bleh la, gambar pun jadi la kan..layan juga feel kat sungai ni..walaupun cuma nak berlajar cara-cara casting guna BC je tapi tempat ni tenang je..release stress aku...memancing adalah cara aku nak release stress kan..hujung2 minggu ni kena la kuar dari KL..baru la tak stresssss ssgt..kat sini ada la skit gambar2 kenangan kan.
BaitCasting

Setelah penat mencuba pelbagai aksi, so Kak Zura & Abg Fauzi juga disertai oleh kenalan dari Rawang si Moon dan sorang lagi aku lupa nama mengajak untuk menjala pulak di kampung orang asli pertak. Betul-betuk dekat empangan KKB, so sekali lagilah bergerak ke arah empangan untuk melaksanakan misi menjala dan misi mandi ari terjun. Jam menunjukkan pukul 5.15 ptg masa bertolak ke Kg Orang Asli Pertak tu...ni lubuk aku pun tak berapa nak tahu, tapi kat lubuk ni la dapat anak ikan kelah dan lain-lain bukan sebab memancing, sebab Abg Fauzi
menjala..hihihi..aku layan casting asyik lekat kat batu ngan pokok je.. tu maknanya skill tak berapa nak betul sangat tu..pasni kena suh Encik Nasrun perturun ilmu casting dia plak

BaitCasting ECODA
Dalam lebih kurang 15-20 minit perjalanan.. sampai di Kg Orang Asli Pertak, so kitaorg park keta dekat padang bola dan mendaki turun ke bawah sungai..amik ko, sekali sekala hiking kan nak cari lubuk kelah ni..dari bawah sungai tu, kitaorg memulakan aktiviti menjala dan casting aku pun beraksi juga ye..kitaorg bermula dari bawah sungai membawa hiking semula ke atas ikut anak sungai dan air terjun serta batu-batu sungai..masa ni baru lepas hujan, air agak deras kot...
Kg. Orang Asli Pertak

Penat juga aku casting, dia bukan penat sbb apa..penat sebab tali berpintal-pintal ..hahaha...amik ko, nak guna BC xda guru..ni la jadinya..hehehe..

So, dekat sungai, Abg Fauzi sarankan menjala, baru dapat ikan...kalau tak mmg susah la nak dapat ikan..pastu kalau casting guna umpan hidup juga ngan batu yang halus beratnya....waaa... .perkongsian yang bermakna tu, sebab ada plan nak pergi siang hari kat tempat ni..hehehe...masa tu baru leh casting puas-puas..dari bawah ke atas tu, atau dari atas ke bawah je...

So, maaf la tak dapat gambar banyak-banyak, keadaan cuaca yang hujan dan barang basah serta bermain dengan air..maka-nya tak dapat bergambar kenangan kan..takpe, next trip pastikan gambar byk2 juga..baru best...
Pinjam GOOGLE je

Keluar dari hutan tersebut dah abes maghrib pun, tapi sana time kul 730 ptg masih terang skit la, berjalan pun boleh lagi tak guna lampu suluh...sebab tak bajet nak keluar malam kan dari hutan..setelah itu, kitaorg pun melepas lelah dan penat di jambatan empangan KKB ..perghhh..layan weh, angin bukit malam-malam dan tengok orang memancing dari atas jambatan..tapi sebabkan air tak tinggi , maka aku rasa diaorg ni memang guna tali panjang gila kot untuk memancing dari atas jambatan empangan KKB tu..kitaorg lepak di atas jambatan ini sampai pukul 8.30 kemudian barulah bergerak pulang..so aku pun terus balik KL sbb ada urusan pulak yang nak diselesaikan..

So, sekianlah trip untuk kali ini...bahasa pasar je buat tulis blog...terima kasih kepada Kak Zura & Abg Fauzi sekeluarga terutama adik Faris dan Fikri yang menemani sepanjang hari memancing walaupun tak dapat ikan, rakan-rakan dari rawang yang datang untuk join menjala...

So, next trip - Kuala Selangor - tarikhnya akhir bulan Oktober '15...trip ni tak sabar skit sbb main sungai yang lebar dan luas...tak sengaja terjumpa lokasi lubuk ni...

@Sofian_Akasah©

#PersonalLife
#PancingJoranCasting
#HobiSukaSukaJe

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: