1 Nov 2015

=| Joran Beraksi : Sekinchan, Tanjung Karang, Kuala Selangor |=


Assalammualaikum...

Kawasan Yang Menjadi Tempat Percaturan
Bertemu lagi entry kali ini dalam Joran Beraksi. Lokasi kali ini adalah di persekitaran kampung di daerah Tanjung Karang melibatkan Parit 2 sehingga ke Kampung Sawah Sempadan. Kuala Selangor. Kali ini beraksi berdua bersama Abam Nasrun. Sahabat yang selalu temankan aku memancing la kan. Actually kawasan2 ni aku dah pernah berada selama beberapa bulan masa tgh buat project pemasangan peralatan komputer di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan , dan Sabak Bernam. Kiranya dah hafal la jalan-jalan daerah  ni. Dah seminggu lebih entry ni dalam draft actually.

Sofian Akasah
Basah jalan awal pagi
Ok, untuk post kali ini , aku dan nasrun menjalankan misi mencari ikan apa saja. Hehehe. Sebab tu terjah di Kuala Selangor dan Tanjung Karang ni. Mana la tahu jumpa haruan kan..Lokasi Sungai Tengi yang besar dan lebar ini adalah port kitaorg yang bakal menguji penghuni-penghuninya.
Bertolak dari Kampung Baru sekitar jam 5 pagi dan kitaorg sampai di Kuala Selangor sekitar jam 6 pagi. Singgah makan dulu sebelum bertolak ke lokasi. Selepas makan pagi dan sebagainya. Lokasi pertama tujuaan adalah Kampung Sawah Sempadan. Dah lama aku tak lalu kawasan ni. Memang tahu sangat la lokasi sungainya tu di mana.
Enter a long URL to make tiny: