30 Aug 2016

=| Tazkirah : Kelebihan & Kehebatan Surah AL-FATIHAH |=

Surah Al-Fatihah (الفاتح , al-Fātihah, “Pembukaan”) adalah surat pertama dalam Kitab Suci  Al Qur’an. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada. Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), karena dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. DinamakanUmmul Qur’an (induk Al-Quran/أمّ القرءان) atau Ummul Kitab (induk Al-Kitab/أمّ الكتاب) karena dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang/السبع المثاني) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.


Ada sebuah petunjuk barangsiapa yang membaca Al Fathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka dia akan:

  • Derajat dan pangkatnya naik.
  • Tidak akan mengalami kemiskinan.
  • Allah SWT akan membayar hutangnya
  • Menyembuhkan segala penyakit.
  • Dikuatkan kelemahannya oleh Allah.
  • Usahanya berhasil sampai yang dicita-citakannya terkabul.
Ada sebuah riwayat. Suatu ketika murid Syaikh al Tamimi memberi penjelasan: “Suatu hari penyakit telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya sehingga banyak terjadi kematian setiap hari. Lalu tuan Syaikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah kepada mereka yang sakit tersebut. “Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas kepala orang sakit itu, seketika orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah rahasia kehebatan Al Fatihah. Siapa yang membaca 41 kali Fathihah untuk seorang yang sakit, setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah dia akan sehat.

Ibnu Abas r.a menjelaskan Saidina Hassan bin Ali r.a cucu Rasulullah SAW sakit. Melihat cucunya sakit, Rasulullah mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 41 kali dalam suatu wadah, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan anggota tubuh lainnya. Maka, penyakitnya segera sembuh.

Maka siapa saja yang mengidap sesuatu penyakit baca Al Fatihah sebanyak 41 setelah tiupkan ka segelas air dan itu baca doa ini: “Ya Allah sembuhkanlah karena Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungi karena Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan karena Engkau Maha Pemulih.”

Selanjutnya berikan air minum kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke seluruh tubuhnya, dengan ijin Allah SWT, maka sakitnya akan sembuh.

kelebihan mengamalkan surah Al-Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w:“Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah:
 Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi”


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Al-Fatihah: Khasiat ayat pertama
Apabila dibaca sebanyak 21 kali sebelum tidur, aman dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan mati secara mengejut. Apabila  dibaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, Allah s.w.t akan hinakan orang tersebut dan diselamatkan dari kejahatannya. apabila dibaca sebanyak 100 kali di atas tempat yang sakit selama 3 hari. InsyaAllah hilang kesakitan tersebut. Apabila dibaca sebanyak 786 kali pada sebekas air yang suci, lalu diminum ketika terbit matahari selama seminggu (7 hari). InsyaAllah ia akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa dan dapat menghafal sesuatu ilmu dengan mudah.


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

Al-Fatihah: Khasiat ayat kedua
Jika ditulis pada sekeping kertas;  lalu direndam ke dalam minyak yang baru (yang belum digunakan). Kemudian disapukan pada gigi yang sakit. InsyaAllah afiat.   Ayat   jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih lalu dihapuskan dengan minyak wangi. Minyak wangi tersebut disapu pada muka sebagai pengasih dan seri muka.


ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Al-Fatihah: Khasiat ayat ketiga
Apabila ditulis dua kalimah ini sebanyak 5o kali pada sekeping kertas, kemudian membaca ke atas kertas tersebut sebanyak 150 kali. Bawalah ia ke mana-mana saja, khususnya ketika hendak menghadap orang yang zalim. InsyaAllah aman dari kejahatan mereka. Bacalah sebanyak 40 kali di telinga orang yang kerasukan iblis dan jin. InsyaAllah pulih. Kalimah  jika dibaca sebanyak 1000 kali sehari, selama tiga hari berturut-turut ke atas orang yang sakit berpunca dari angin seperti angin ahmar. InsyaAllah afiat. Jika ditulis sebanyak 19 kali pada sekeping kertas, lalu dijadikan azimat oleh wanita yang mandul atau diletakkan pada pokok yang tidak berbuah. InsyaAllah dengan berkat nama Allah.


مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

Al-Fatihah: Khasiat ayat keempat
 Tulislah ayat ini pada sekeping perak atau emas, kemudian pahatkanlah pada empat penjuru tiang rumah yang baru didirikan atau pada haluan kapal dan perahu. InsyaAllah terpelihara dari bala, wabak, kebakaran, karam serta dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

Al-Fatihah: Khasiat ayat kelima
Tulislah ayat  pada sekeping kertas, lalu dimasukkan ke dalam buluh atau botol. Kemudian ditutup supaya tidak dimasuki air. Setelah itu tanamlah di tengah-tengah bendang atau kebun. InsyaAllah subur dan terpelihara. Bacalah ayat  sebanyak tiga kali senafas ketika bertemu binatang liar atau orang yang jahat. InsyaAllah lemah hatinya dan terpelihara dari kejahatan tersebut.


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

Al-Fatihah: Khasiat ayat keenam
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat ini sebanyak 3 kali senafas dengan tekad yakin lalu dihembuskan ke mukanya. InsyaAllah berubah. Jika lupa apa yang telah dihafal, bacalah ayat ini sebanyak mungkin sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, Allah akan mengembalikan ingatannya itu.


صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Al-Fatihah: Khasiat ayat ketujuh
Apabila sesat, bacalah ayat  sebanyak 3 kali dalam satu nafas, kemudian tutup mata pada kadar satu saat. InsyaAllah ditunjuki jalan yang betul. Apabila kehabisan air atau makanan ambillah daun kayu yang boleh dimamah dan bacalah  sebanyak 7 kali, kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsyaAllah terpelihara dari lapar dan dahaga. Apabila dikepung oleh musuh, ambillah segenggam tanah dan bacalah  kemudian hembur tanah itu di hadapan musuh-musuh tersebut. InsyaAllah selamat. Jika ada orang yang sangat marah, bacakanlah  sebanyak 7 kali kemudian hembuskan ke hadapannya. InsyaAllah hilanglah kemarahannya dan jadi jinak.  


FADILAT DAN KHASIAT
Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”

4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”

b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.


5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.


PENYEMBUH
Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.

b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.

2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.

3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.

4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.


@Sofian Akasah©

No comments:

Post a Comment

Enter a long URL to make tiny: